You are here
Home > Bersama BroFramestone > Beraya Bersama Pemilik Teratak Musollah Ehsan

Beraya Bersama Pemilik Teratak Musollah Ehsan

Mantan Naib Timbalan Cansellor di UPSI

Alang-alang terlajak ke Bangi, terus Bro teringat nak singgah ke Teratak Musollah Ehsan. Selak-selak nombor dekat handphone, sekali terjumpa nombor pemilik teratak. Terus Bro call.

Pantas panggilan Bro dijawab dengan ramahnya, “Hello Brother, apa khabar?”

Eh, Tak kan pemilik Teratak Musollah Ehsan yakni kenalan blogger save no yang Bro berikan setahun yang lepas.

Sampai sahaja, beliau sudah terpacak menyambut kedatangan Bro dan Isteri. Agak terkejut juga, seperti beliau tau-tau kami dah sampai.

Pemilik Teratak Musollah Ehsan dan juga pemilik blog Luah Fikiran ini bukan sebarang orang. Teratak beliau ini selalu menjadi port blogger berkumpul dan beriadah.

Disini juga dijadikan tempat kuliah, mempelajari agama dan dijadikan surau untuk masyarakat setempat menjalinlan ukhwah dan solat berjemaah bersama.

Dato’ Abdullah Al-Hadi dulu merupakan Mantan Naib Timbalan Cansellor di UPSI dan juga di UPM.

Dato' Abdullah Al-Hadi
Walaupun title Dato’ dan Datin, pasangan ini memang sporting jika nak bergambar bersama macam nie He..23x Mungkin sebab itu ramai kenalan blogger selesa dengan beliau.

Insya’lah ada rezeki nanti, Bro pakai dengan tuan rumah kita buat gathering di sini. Makanan bawa sendiri he..23x (Nasi lemak Kak Cik memang terbaik)

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Beraya Bersama Pemilik Teratak Musollah Ehsan

  1. Salam,
    Terima kasih dan dihargai atas kesudian bro dan isteri datang ke teratak kami … saya dan isteri cukup selesa berbual dgn bro … macam dah kenal lama … datang lagi …lain kali, bermalam kat Musollah Ehsan.

Leave a Reply

Top