You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Adnan Sempit 3 – Dugaan Selepas Berkahwin

17,280,861 total views, 2,391 views today

Adnan Sempit 3 – Dugaan Selepas Berkahwin

Adnan Sempit 3 Malam Pertama
Ceriakan sambutan hari raya anda dengan Filem ke-3 Adnan Sempit yang ditayangkan pada raya pertama tahun ini.

Seperti kejayaan dua filem terdahulu, sekuel aksi komedi Adnan Sempit 3 arahan Ismail Bob Hashim mampu menyajikan sesuatu yang ringan dan boleh diterima oleh semua lapisan umur.

Dah rasa macam setiap tahun ada je cite Adnan Sempit nie. Entah-entah ada pula Adnan Sempit 4 pula selepas ini.

Masih mengekalkan teraju utama mereka membawakan gelagat mat rempit iaitu Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana dan Along Cham.
Adnan Sempit 3 - Linda Roslan
Buat Pertama kali , watak baru diperkenalkan seperti Shima Anuar , Lynda Roslan dan Fadzil Zahari bagi menguatkan lagi jalan cerita.

Sinopsis Adnan Sempit 3.

Kisah bermula dengan majlis perkahwinan pasangan Adnan ( Shaheizy Sam ) dan Nadia ( Intan Ladyana ) juga Bobby ( Along Raja Lawak ) dan Wawa ( Yana Samsudin ). Lagipun itu tujuan mereka bercinta selama ini.

Pada permulaan cerita ini, banyak menceritakan babak malam pertama mereka sebagai suami isteri. Berbagai telatah yang dipamerkan mampu buat anda ketawa dan tidaklah terlalu 18sx (masih terkawal lagi)
Adnan Sempit 3 - Shaheizy Sam Mintak Pertua Malam Pertama
Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bagaimanapun ianya tidak berjalan lancar seperti mana yang mereka harapkan. Bermacam – macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan.

Masalah mula berlaku bila Nadia dan Wawa didapati mengandung.

Adnan turut mengalami alahan yang teruk (morning sickness) akibat kehamilan isterinya.Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin.

Masalah mula bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka oleh pihak bapa mertuanya , untuk menguruskan bisnes mereka di sana. Disitu, Adnan telah berkenalan dengan Zita ( Shima Anuar ) seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam bab merempit.
Andan Sempit 3 Merempit
Bezanya Zita lebih menyukai motor berkuasa tinggi. Ini menyebabkan Adnan juga ingin memiliki motor berkuasa tinggi. Ini menyebabkan Adnan dan Zita mempunyai banyak meluangkan masa bersama sehingga menjadikan hubungan Adnan dan Nadia renggang.

Nasib malang juga menimpa Bobby, apabila dia terpaksa menginkari janjinya pada Wawa dan melibatkan diri dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan itu telah diketahui Wawa, wanita itu turuy memberikan kata putus untuk berpisah dengannya.
Adnan Sempit 3 - Shaheizy Sam Ditangkap Khalwat
Keadaan makin parah bila Adnan didapati berkhalwat dengan Zita dan kantoi dengan Nadia.

Apakah yang terjadi kepada Adnan dan Bobby selepas ini? Sama-sama kita saksikan dipawagam pada hari raya ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Adnan Sempit 3 – Dugaan Selepas Berkahwin

Leave a Reply

Top