You are here
Home > Iklan > Projek Iqra’ : Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Projek Iqra’ : Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

Projek Iqra Shopping Raya 2013
Pada tahun ini Projek Iqra’ akan menganjurkan program tahunan sempena Hari Raya tidak lama lagi.

Program ini, memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja wang atau menyumbangkan masa, tenaga dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam program Shopping Raya 2013.

Jika tahun lalu dua buah rumah anak yatim diraikan dalam program Shopping Raya, tetapi pada tahun ini jemputan istimewa ini dipanjangkan kepada 4 buah rumah di 4 buah negeri.

Ia akan melibatkan 266 penerima terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU. Dijangka program ini akan melibatkan seramai 133 orang sukarelawan.

Rumah yang akan terlibat tahun ini ialah:

  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)

Terdapat 3 cara bagaimana tuan dan puan boleh menjayakan projek ini:

  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan dimaklumkam dibawah.
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya.

Disini Bro kongsikan tarikh dan juga lokasi Projek Shopping Raya 2013

  1. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) akan membeli belah di Tesco Alor Setar pada 20 Julai 2013.
  2. Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri (Kuala Lumpur) akan membeli-belah di Tesco Ampang pada 27 Julai 2013.
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) akan membeli belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013.
  4. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) akan membeli-belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013.

Sekiranya anda merupakan photographer atau Videographer dan ingin terlibat dengan projek ini. Anda boleh hubungi pihak Projek Iqra’

Untuk info lanjut anda layari webpage Projek Shopping Raya 2013 atau facebook page Projek Iqra’.

Jasa baik anda amat Bro hargai jika anda sudi sebar-sebarkan info ini untuk keceriaan yang bakal terpapar pada wajah anak-anak yatim ini menjelang Syawal nanti.

Bicara Bro : Jika kita tak mampu nak menolong dengan wang ringit, kita tolong dengan kemampuan yang Allah berikan kepada kita.

Jika kita tak mampu nak berikan masa kita untuk bersama mereka, kita berikan masa yang kita ada untuk mencari orang lain  yang mampu meluangkan masa bersama mereka.

Jangan biarkan mereka hidup bersendirian.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Projek Iqra’ : Shopping Raya 2013 Bersama Anak Yatim

  1. Satu program yang sangat bagus supaya dapat menggalakkan orang ramai untuk bersedekah… Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang…

Leave a Reply

Top