Barrack ObamaTak sangka Bro berpeluang buat pertama kali berjumpa dengan Presiden Amerika – Barrack Obama.

Satu kejutan buat Bro sebenarnya.

Walaupun beliau dikelilingi oleh bodyguard ala-ala Men in Black kiri dan kanan. Rasanya 4 orang bodyguardnya.

Waktu mula-mula dia datang, bodyguard dia tak bagi sesiapa datang mendekati.

Nak dekat pun Bro rasa tak berani. Risau kena sniper dekat kepala (ini salah satu komen dari rakan di facebook Bro)

Kenapa?

Korang tak percaya ke dia nie Barrack Obama?

Barrack Obama Malaysia

Cuma sekali pandang gambar diatas ini. Kan betul Barrack Obama. Eh sekali padang je, jangan nak 2-3 kali pandang.

Cucuk mata karang.

Kredit gambar di atas buat Isaac Tan.

Bro siap sempat buat keek lagi bila pengacara majlis mengumumkan ketibaan beliau.

Jul 9, 2013 | Ketibaan Barrack Obama di Malaysia #troll by Broframestone on Keek.com

Antara korang percaya atau tidak sahaja :)

Trivia : Insan yang mukanya hampir mirip dengan Barrack Obama ini adalah Ilham Anas.

Beliau hanya merupakan seorang rakyat biasa yang berasal dari Indonesia,dan kerana kemiripannya dengan Obama membuat Anas menjadi terkenal dan bahkan pernah membintangi iklan sebuah produk ubat di Filipina.

Sekarang beliau merupakan journalist majalah remaja di salah sebuah syarikat penerbitan di Jakarta, Indonesia. Dan beliau telah ditawarkan menjadi duta/iklan dalam beberapa produk di beberapa negara.

Dengar cerita, bulan depan beliau akan ke Beijing, China.

Memang murah rezeki buat beliau.

20130709-144145.jpg
Apakah yang dibualkan oleh Barrack Obama dengan blogger Deq Noor?