March 19, 2024

Merempit Ke Bintang

20130729-231858.jpg

Kisah di malam Nuzur Quran.

Selangor cuti pada esoknya. Maka Bro luangkan masa dengan member di sekitar KL.

Tak sangka event habis lambat, dan train tiada pula untuk pulang ke Kelana Jaya (sebab Bro parking kereta dekat sana).

So Bro menumpang member blogger Melastik Bintang. Sedangkan memang dah bajet benda ini akan terjadi.

Dia bawa dua helmet. Nampak gayanya merempitlah Bro malam ini. Dah lama x membonceng motor. Last tahun 2009 kot.

Eh x la, sehari selepas Bro jadi suami. Esoknya bro follow atuk pergi solat subuh dekat surau berdekatan. Cucu menantu terbaik he..23x

Tue membonceng,

Kalau bawa motor, last pun minggu lepas. Bawa isteri pusing kampung. Teringin katanya.

Selamat dia tak mengidam nak naik LRT keliling Kuala Lumpur.

Apa-apa pun thank MB sebab sudi bagi tumpang. Lain kali nak tumpang lagi, boleh?

Insya’lah tahun depan nak angkat motor sebiji. Tapi kena amik lesen B Full. Malasnya nak pergi ambil lesen.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Merempit Ke Bintang

  1. Merempit best woooo…ai mula awal tahun hari tu berenti merempit tp kalau dpt moto kena guna lesen B full tu mahu saya merempit balik.

  2. SA lagi la dah lama x naik dan bawak motor…last masa umur 25 kot…pas tu xde dah…lama gak la…skrg dah 35 tahun…hui…10 tahun tu..confirm kalau naik gegar lutut…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *