You are here
Home > Tip Bernas Bersama Bro Framestone > Lelaki Mempunyai Empat Kuota

Lelaki Mempunyai Empat Kuota

4 kouta bagi lelaki

Sorry topik yang agak sensitif bagi kaum wanita begitu juga dengan nama Asyraf Muslim (sejak bila la kaum wanita panas hati je dengar nama dia)

Tajuk simple untuk entry hari ini – Lelaki Mempunyai Empat Kuota. Tetapi tak semestinya lelaki perlu menggunakan ke 4-4 kuota yang ada.

Seeloknya digunakan untuk melindungi mereka dan bukan mempergunakan kelebihan ini untuk menzalimi kaum hawa. Ingat itu wahai kaum adam sekalian.

Gunakan ianya sekiranya anda berniat mendekatkan dia dengan islam terutamanya mualaf kerana mereka perlu ada seseorang yang dekat untuk membimbing mereka.

Gunakan ianya sekiranya anda berniat melindungi aib seorang wanita yang mampu menimbulkan fitnah keatas dirinya dan keluarganya. Bagi perluang kepada mereka untuk membina hidup baru dan jauhkan mereka dari kisah silam yang menghantui hidup mereka.

Gunakan ianya sekiranya anda berniat menjadikan dirinya dan tanggungnya (yakni anak-anaknya dan kedua ibubapanya – sekiranya ia menjadi tanggungan kepada si wanita tadi). Asalkan anda tidak mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada kepada isteri dan anak-anak mu.

Gunakan ianya sekiranya anda terpaksa berjauhan dengan isteri mu bagi tempoh yang lama untuk mengelakan anda melakukan sesuatu yang mendapat kemurkaan dariNya.

Cukuplah 4 point.

Bro buat ustaz atau orang yang ariff tentang agama. Tetapi tak salah kongsikan sesuatu yang mampu buat anda berfikir sejenak sebelum meneruskan niat anda yang mungkin bukan keranaNya.

Bicara Bro : Bro pernah nyatakan kepada isteri sebelum berkahwin, bahawa Bro mukin akan mengahwini wanita lain kelak.

Bila?

Bila sampainya salah satu point diatas dan waktu itu niat suci Bro kerana Allah swt (Dia lebih mengetahui). Bro sedar tentang kekurangan yang ada pada diri Bro dan bukan semua orang suka dengan kebahagiaan yang Bro nikmati bersama isteri tersayang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “Lelaki Mempunyai Empat Kuota

  1. setuju kalau itu point yang betul…sebagai wanita kita kena redha tapi banyak hati yang perlu kita jaga, sebagai lelaki ini bukannya cara untuk ambil kesempatan…..

  2. Walaupun kuota ada 4, tetapi kena tanya diri dulu sama ada mampu atau tidak dari segi nafkah zahir, batin dan paling penting sekali mampukah berlaku adil… Kalau yakin mampu, boleh teruskan niat yang baik… Tapi kalau buat-buat rasa mampu, tapi sebenarnya tak mampu, nantikanlah azabnya di akhirat nanti… hehehe tolong tambah point… πŸ˜‰

Leave a Reply

Top