Kerjaya Sebagai Pembunuh Upahan Di Malaysia

The-Bourne-Ultimatum
Nampaknya kerjaya sebagai pembunuh upahan semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia.

Jika sebelum ini, agak jarang kita mendengar kisah orang tertentu dibunuh kecuali nak dekat pilihan raya (kes tahun 2007 kalau x salah Bro). Sekarang makin menjadi-jadi.

Ini kes yang terkini.

Dimana Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong Cina.

Kejadian pukul 2 petang, mangsa mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri manakala isterinya parah ditembak di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

Ini pula kes melibatkan pendidik.

Seorang Guru Penolong Kanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Pancor mati ditembak ketika baru sahaja keluar dari kawasalan sekolah.

Siasatan pihak polis mendapati sebanyak 4 das tembakan dilepaskan dan 2 das mengenai mangsa.

Mangsa dikatakan bukan sahaja guru malah ada melakukan pelbagai perniagaan lain lagi seperti balak, shakle, kontrak kantin sekolah dan pelbagai lagi dan dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak.

Lain pula dengan kes ini yang sememangnya melibatkan orang kuat negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi.

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa.

Dulu masa kecik-kecik,

Bro pernah bercita-cita nak jadi pembunuh upahan (banyak sangat tengok tv kot)

Malangnya diada jurusan yang ditawarkan di IPT, maka Bro terpaksa fokus untuk ambil jurusan lain. Maka tak jadilah pembunuh upahan.

Zaman U, Bro banyak habiskan masa bermain game Call of Duty dengan budak rumah. Rumah sewa kami dah macam cc. Siap ada 2 puak yang mewakili team yang berbeza. Memag epic la zaman tue.

Senapang last pegang dan gunakan sewaktu dialam persekolahan. Itu pun sebebab join kadet tentera (kot, dah lupa nama badan uniform). Nak join PLKN, umur dah terlebih sangat.

Bicara Bro : Rasanya dari dulu memang kerjaya pembunuh upahan di Malaysia telah dimanipulasikan oleh bomoh atau orang yang mengamalkan ilmu hitam.

Tak main pistol senapang. Main santau-santau je, berkesan. Paling epic pun main keris terbang-terbang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5,514,573 total views, 13,987 views today

Antara Top Blogger - Travel, Parenting dan Lifestyle di Malaysia. Berkerja sebagai Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak (belum plan nak tambah lagi)

19 thoughts on “Kerjaya Sebagai Pembunuh Upahan Di Malaysia

  1. wah ada hati nak jadi pembunuh upahan? lucu

    Malaysia lately banyak betul kes tembak-tembak. Sebelum keluar rumah, fatihah dan 3 qul sokmolah kite nahhh

    • Yup memang pernah. Tapi risau susah nak cari makan bulan-bulan.

      Paling teruk kalau ada isu birokrasi tang pembahagian tender dan projek. Susah la nak cari makan. Silap hari bulan, ada orang upah nak bunuh kita pula sebab rasa kita nie pesaing dorang he..23x

  2. makin banyak kes macam ni. tapi yang patut kita risaukan ialah, macam mana senjata api tu semua dibawa masuk ke malaysia

    adakah kelemahan kawalan sempadan negara? kalau lemah, apa tindakan kerajaan.

    jangalah sok keluar kenyataan, kalau tak suka tembak-tembak, jangan duduk malaysia
    azwan recently posted..Main Tembak Sekarang Ini !

  3. Ni dekat je dgn tempat kerja lama aku. Heran jugak la Malaysia ni, polis kata jenayah makin kurang, tetapi, kidnap meningkat, ragut meningkat, bunuh meningkat.. apa nak jadi dengan negara ku ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge