March 29, 2024

Kenapa Wanita Mudah Cair Dengan Lelaki Berbaju Melayu?

Lelaki Berbaju Melayu

Kenapa ada sesetengah wanita suka update status dekat facebook atau twitter mengatakan mereka cair lihat lelaki berbaju melayu dihari Jumaat?

Bukan apa,

Rasanya last Bro berbaju melayu sewaktu solat jumaat pun masa Bro kerja dengan gomen dulu. Kalau tidak, hanya bert-shirt dan berkain pelikat.

Tetap juga nampak hensem (siapa nak puji diri kita kalau bukan kita sendiri yang puji)

Sejak berkahwin, Bro kerap pakai jubah untuk pergi solat berbanding baju melayu. Lebih selesa dan pengaliran udara lebih lancar.

Waktu Bro akad nikah tempoh hari pun, Bro hanya berjubah dan tidak berbaju melayu. Tetap gak isteri Bro cair dengan Bro.

So apa pendapat wanita yang lain tentang mereka mudah cair dengan lelaki berbaju melayu? Kongsikan bersama. Kami sebagai lelaki nak gak tahu, kot-kot boleh dijadikan tips menambah cawangan (tertaluk pada Terma & Syarat – Risiko tanggung sendiri)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Kenapa Wanita Mudah Cair Dengan Lelaki Berbaju Melayu?

  1. saya memang teruja kalau tengok lelaki pakai baju melayu, leh pandang 42X …lebih-lebih lagi kalau mat perang pakai sampai teleng leher….
    tapi yang lebih penting perut tak buncit…kalau buncit potong 17x…hehe…

  2. nama pun baju melayu, bila lelaki pakai tu bertambah lah kemelayuannya. sekarang dah ramai lelaki yg dah kekoreannya keomputihannya :D

  3. Masalahnya dah tahu wanita akan cecair pakai baju Melayu. Malangnya cara pemakaian baju Melayu dikalangan lelaki tidak lengkap atau tidak sempurna atau tidak cukup syarat. Cuba pakai sekali lengkap tentu anak dara berlari. :-)

  4. Baju melayu baju orang melayu. Design dia tu, bila lelaki pakai, automatik nampak lebih kemas dan macho. Xtau nak explain macam mana lagi. Conclusionnya sape pakai baju melayu gerenti hensem ! :D

Leave a Reply to nazra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *