Bro Framestone Denaihati
Disini Bro ingin kongsikan beberapa gambar yang membawa kenangan Bro bersama rakan blogger.

Malam ini, rajin google gambar sendiri dan ada beberapa gambar yang menarik untuk Bro kongsikan dengan pembaca blog ini.

Gambar diatas adalah sesi kena soalan Melodi dari saudara Denaihati sewaktu Majlis Iftar Bersama Denaihati  pada bulan puasa tahun lepas (2012).

Gambar kenang-kenangan bersama arwah Jejai sewaktu Majlis Ulang Tahun ke-10 MiG pada Bulan January 2011.

Waktu ini, Bro sanggup datang dari Perak untuk sertai event bersama rakan blogger.

Ini pula gambar kenangan bersama blogger UTP – Adeeb sewaktu event mandi manda di Burmese Pool, Taiping bersama bebudak dari Persatuan Blogger Perak.

Waktu ini Bro tengah menganggur setelah stop koje gomen pada bulan Julai 2011.

Gambar sewaktu Majlis Berbuka Puasa Bersama Madam Mondoq pada bulan puasa tahun 2011 dekat Shah Alam.

Kurus tak Bro time nie? Rasanya baru lepas jatuh sakit. Masa event ini Bro berkenalan dengan blogger Siezuka yang makan sambil mata tak kelip-kelip memandang Bro he..23x

Ini pula gambar menonton bola sepak dekat Stadium Nasional Bukit Jalil waktu Malaysia vs Syria. Ini bulan November 2011.

Bro tak dapat nak detect gambar  pada tahun 2010 dan sebelumnya.

Harap jika korang ada gambar Bro sewaktu 2010 dan sebelumnya, harap sudi roger Bro. Buat masa sekarang nampak seperti Bro tiada kenangan sebelum tahun 2011.

Nampak gaya kena godek beberapa laptop dan komputer + hard disk yang Bro pernah guna sebelum ini untuk kumpulkan kenangan Bro sebelum ini.