You are here
Home > Iklan > Episod Kemuncak Oh! My English Musim Ke-2

Episod Kemuncak Oh! My English Musim Ke-2


Jangan ketinggalan menyaksisan episod kemuncak Oh My English! musim kedua selama sejam pada Ahad ini (28 Julai) pada jam 6 petang di Astro TVIQ (saluran Astro 610) dan dalam bentuk definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD (saluran Astro 134).

Anda juga turut berpeluang menonton kesemua babak Oh My English! musim kedua secara beterusan melalui siaran Maraton Khas Oh My English! musim kedua pada hujung minggu ini (Julai 27 & 28) dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Astro TVIQ (saluran Astro 610).

Bro yakin anda pasti ingin mengetahui apakah kesudahan di antara Encik Middleton (lakonan Zain Saidin), Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah) dan Cikgu Malik (lakonan Aaron Aziz) dalam episod kemuncak Oh My English! musim kedua ini.

Dengar cerita hubungan di antara cikgu-cikgu bertambah rumit dengan kehadiran bekas teman wanita Encik Middleton, Sara Jane (lakonan Aileen Gabriella Robinson, juara Miss Tourism International) yang tidak berputus asa untuk memikatnya semula.

Apakah yang akan dilakukan oleh Encik Middleton? Adakah Cikgu Ayu akan meninggalkan sekolah SMK Ayer Dalam? Apa akan berlaku kepada pelajar-pelajar kesayangan kelas 3 Merah? Jangan ketinggalan menonton
kesudahan Oh My English! musim kedua di episod kemuncak khas selama 1 jam.

Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk lebih maklumat atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungankandungan lain.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Episod Kemuncak Oh! My English Musim Ke-2

Leave a Reply

Top