March 29, 2024

Citarasa Ramadhan – Piza Sari Lautan Dari Pizza Hut Malaysia

Citarasa Ramadhan - Piza Sari LautanJom kita berbuka dengan menikmati hidangan Citarasa Ramadhan – Piza Sari Lautan dari Pizza Hut Malaysia.

Setelah seharian kita berpuasa. Tiba masanya kita berbuka dengan hidangan piza terbaru dari Pizza Hut.

Piza Sari Lautan hanya disediakan selama 2 bulan bermula 20 Jun 2013 sempena bulan Ramadhan ini.

Apa yang menarik tentang piza ini?

Piza Sari Lautan menggabungkan sos eksotik asam pedas (yummmy asam pedas tue) dengan topping udang segar, tuna, crabsticks dan keju dengan signatue Pizza Hut iaitu Pan Kerak.

Ianya boleh didapati sekarang pada harga RM25.00 (biasa=regular) dan RM34.00 (besar) untuk a’la carte.

Atau anda boleh pilih hidangan Citarasa Ramadhan Combo (dine-in only).

20130711-182520.jpg

Nampak menyelerakan x?

Untuk Citarasa Ramadhan Combo pula terdapat 2 jenis hidangan untuk anda pilih.

Citarasa 1 – didatangkan dengan 1x Piza Sari Lautan (regular), 2x soup-of-the-day, 1x Istimewa Platter, 4x Roti Garlic dan 2 gelas Mirinda Strawberry pada RM39.80 (penjimatan sebanyak RM19.00 jika anda ambil individual meal).

Citarasa 2 – didatangkan dengan 1x Piza Sari Lautan (besar), 4x soup-of-the-day, 1x Istimewa Platter, 4x Roti Garlic dan satu jug Mirinda Strawberry pada harga RM59.80 (penjimatan sebanyak RM16.20 jika anda ambil ala carte’).
Pizza Hut ushers in the coming Ramadan and Raya celebrations with a unique 'Citarasa Ramadan' which includes the newly-concocted mouth-watering Sari Lautan Pizza. Bloggers were invited for a special preview. http://vernonchan.com/tag/pizza-hut/
Ini pertama kali merasai asam pedas dalam bentuk piza, ke piza berperisa asam pedas. Bezanya tiada kepala ikan tetapi digantikan dengan udang besar segar, tuna dan crabsticks.

Kredit picture buat Vernon Chan.

20130711-191156.jpg
Jangan lupa pula pada hidangan Istimewa Platter pada harga RM20.80 (a’la carte) yang mengandungi kepak dan ayam madu BBQ.

Tidak lupa juga berbola ayam (meatball) dan kentang goreng.

20130711-211008.jpg
Bagi mereka yang rasanya tak boleh nak berbuka kalau tiada nasi. Apa kata anda mencuba hidangan Tempura Prawn Garlic Rice.

Ini memang pilihan Bro (nampak sangat kalau tak makan nasi masa berbuka rasa tak syok).

Apa tunggu lagi, jom berbuka di Pizza Hut berdekatan anda. Jika anda ingin pizza dihantar terus ke pintu rumah anda, anda boleh order secara online di www.phdelivery.com.my atau call Pizza Hut 1800-88-2525.

Selamat berbuka puasa dengan Pizza Hut :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Citarasa Ramadhan – Piza Sari Lautan Dari Pizza Hut Malaysia

  1. Bro, Digi sekarang ni tengah buat Contest sempena bulan Ramadhan… Tangkap gambar paling kreatif dekat Pizza Hut dan MMS ke 2220 untuk berpeluang memenangi HTC One dan hadiah-hadiah lain yang menarik… ;)

  2. Masa sebelum puasa dah selalu makan pizza dah sebab adik kerja sana, selalu juga bawak balik pizza dan kalau beli pun dapat diskaun kaw2 hehe. Tapi puasa ni macma biasa, benda yang dah biasa kita makan, yang tu la kita terliur sangat haha

Leave a Reply to Ladfe Amir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *