March 29, 2024

Bukan Tak Nak Bantu Perniagaan Orang Melayu

Sepanjang Bro tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Bro lebih suka membeli belah di Jusco dan kadangkala di kedai runcit berdekatan. Bro perasan ada beberapa kedai runcit Melayu, tetapi Bro tetap pergi membeli di kedai runcit Cina.

Bukan tak nak membantu perniagaan orang Melayu yakni bangsa Bro sendiri (sorry jika penulisan ini agak racist – Jika tidak diluahkan sampai bila orang Melayu sendiri nak sedar).

Baru-baru ini Bro pergi ketiga kedai runcit yang terpilih (random je, sebab bro nak beli satu benda nie je). Bro mencari dan buat survey mengenai produk dalam tin berjenama XXX dijual di 3 kedai berbeza.

Kedai A – RM2.50 Cuma tinggal beberapa tin sahaja. Itupun tinnya macam sudah berkarat.

Kedai B – RM2.70 Ada banyak stok tetapi kebanyakan tin telah kemek (bukan kemek sikit).

Kedai C – RM1.79 ada banyak dan keadaan tin pun menarik.

Satu produk dengan 3 harga berbeza dan 3 kedai yang berbeza.

Boleh tak bagitau Bro macam mana Bro nak bantu business orang Melayu jika orang Melayu itu sendiri tak nak bantu business dia sendiri.

Ermmm alahai….

Dan isteri Bro sendiri komplen salah satu kedai runcit ini terlalu kotor dan tak tersusun barangnya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Bukan Tak Nak Bantu Perniagaan Orang Melayu

  1. Itu belum masuk dengan sikap cemburu sesama kedai..dulu kecil2 mak/bapa pernah berniaga kedai runcit, kuatnya hasat dengki dikalangan orang melayu…

  2. Betul tu… Sebagai pembeli kita juga mahukan yang terbaik daripada pihak pekedai… Kata orang Customers always Right… Jadi peniaga perlu menjaga hati pelanggan terlebih dahulu…

  3. Saya setuju
    Kebanyakan barang kelihatan seperti stok lama dan keadaan kedai kadang-kadang seakan lapuk
    Nak beli barang kat situ pun was-was kebersihannya

  4. muja pernah tengok orang kat body shop lap barang2 jualan dia,, padahal mmg nampak dah bersih dah pun,, respect sangat :’)

  5. Sebuah kenyataan yang tak dinafikan kebenarannya. Ibubapa saya sendiri (Bangsa Melayu) sebagai peniaga, selalu mengkritik cara Melayu berniaga. Harga, layanan, susunan, kepantasan, kualiti semua aspek perlu di ambil sebagai peniaga.

  6. Orang Melayu kita modal kecil tapi mempunyai hasrat untuk berniaga. Memandangkan persaingan kedai yang lebih besar modalnya mereka tertinggal dan kekurangan pelanggan.

    Kita pergi ke kedai mereka kerana terpaksa apabila stok tak ada.

  7. ni la silap kita sebagai org melayu…

    habis rosak harga pasaran.. nak meniaga bukan cara mcm ni.. harga dikekalkan. lepastu tambalah value dalam bisnes masing2.. kasi free gift ka apekah yg ssuai..

    jangan rosakkan harga pasaran..

  8. agree bro, ni baru kedai. belum servis lagi.. some malay very poor with it.. melenggah2kan kerja, bersikap malas dan merungut bila orang tak nak amek servis dia..

  9. satu benda yang perlu kita tau juga bro. orang kita ambil barang daripada pembekal. pembekal barang-barang ni kebanyakannya cina. dan, selalunya pembekal akan letak harga tinggi pada peniaga melayu. itu yang jadi masalah pada peniaga melayu. bukan nak racist. tapi ini adalah fakta.

    benda ni terjadi pada bos lama den. tapi ni kisah kontraktor. bos den kontraktor. dia beli batu dekat satu kilang cina. katanya itu harga terbaik dia bagi. tapi bos den rasa mahal. jadi dia minta tolong member cina dia untuk belikan batu tu. ajaibnya, harga member bos den tu dapat lagi murah. banyak bezanya. jadi, nampak tak permainannya?

    1. Bro tiada masalah dgn harga. Tetapi barangnya.

      Tak kan nk beli makanan dalam tin yg tinnya kemek atau berkarat. Sebiji 2 ok lagi. Nie banyak nie, dah tahap boleh report pada pihak berkuasa.

  10. bro… ingatkan sy sorang je yg fikir mcm tu.. bukan apa bro.. bukan tak nak tolong melayu tapi sikap org melayu tu sendiri kadang2 buatkan kita fed up nak berurusan dgn dia…

  11. xsalah nak cri kedai lain..sy juga prnah prg kdai cmtu..tp sy luahkan

    “pakcik..maaf ea..tp sy tgk byk brg dkedai nie berabuk n tak tersusun..sy hrp bole perbaiki ea….assalamualaikum…(senyum n tgn salut mcm p.arab)”

    akibatnya:-

    1-kne marah = (senyum jer)
    2-terima kasih..= sama-sama..(senyum)

    *time tu aku beli rokok jer n p.cik tu diam xjwb ape2..(kadang kala SENYUMAN boleh membawa seribu makna)

  12. Susah la orang melayu kita ni,betul tu.Segelintir orang kita tak nampak perkara yang kecil sebegini boleh memberi impak yang besar pada perniagaan mereka.
    Sepatutnya kita kena tahap daya saing yang kuat dari segi kebersihan,marketing bagi memajukan perniagaan mereka

  13. Kami perniaga melayu memang payah nak survive , walaupun mengambil di tempat yang sama pada jumlah yang sama kami akan dapat harga yang lebih mahal .

    Satu lagi adalah terpaksa lalui beberapa peringkat untuk sampai kepada kami . Dari pembekal sampai ke pemborong sampai ke perniaga A sampai ke perniaga B baru sampai kepada kami . Bila dah sampai kepada kami barang dah rosak .

  14. saya rasa tidak perlu memandang rendah kepada peniaga melayu sampai begitu sekali..sebab ada sahaja peniaga melayu yang berjaya dimalaysia…malahan ada juga produk malayu yang bangsa lain guna…cukuplah kita menasihati meraka dan melihat kekurangan mereka sebagai pengajaran untuk kita memperbaiki diri kita supaya tidak mengulangi kesilapan mereka ketika berniaga suatu hari nanti…

    salah satu sikap buruk orang melayu ialah suka mengata keburukan bangsa sendiri…

    sebagai umat islam dan melayu mari kita sama-sama menasihati meraka untuk menjadi bangsa yang maju…insyaallah…

Leave a Reply to Sheila Salim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *