17,151,651 total views, 2,955 views today

3 Perkara Yang Anda Bawa Selepas Mati

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

3 Perkara Yang Dibawa Selepas Mati

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah sejak azali lagi buat hamba-hambanya sedar bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara.

Maka jangan sesekali anda mengejar duniawi sehinggakan anda mengabaikan yang hakiki.

Menurut Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah  bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”

  1. Sedekah Jariah – Sedekah yang berterusan dan berkekalan manfaatnya untuk masyarakat umum. Contohnya, mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid untuk kegunaan masyarakat islam setempat. Selagi masjid ini digunakan, selagi itu si mati akan mendapat keberkatan selepas kematiannya.
  2. Ilmu yang Bermafaat – Ilmu yang diajar kepada orang lain kerana Allah swt akan terus mengalirkan pahala baginya walaupun ia telah meninggal.
  3. Doa Anak yang Soleh/Solehah – Setiap amalan soleh yang dilakukan si anak tetap dikira sebagai pahala buat ibu bapanya yang mendidiknya. Maka didiklah anak dengan ilmu dan ajaran Islam supaya mereka mengamalkannya walaupun anda sudah meninggal dunia.

Al-fatihah buat arwah pakcik Omar dimana tarikh semalam genap 23 tahun dia pergi meninggalkan isteri dan anak-anaknya.

Maafkan saya kerana tidak dapat menunaikan janji yang pernah saya buat sebelum ini. Saya masih hambanya yang lemah dan masih melakukan kesilapan.

Bicara Bro : Apakah yang akan anda bawa selepas mati? harta, pangkat atau darjat? jika 3 perkara diatas, elok mulai sekarang.

Siapa tahu esok lusa kita pergi menghadap Illahi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 thoughts on “3 Perkara Yang Anda Bawa Selepas Mati

  1. Ingat lima perkara.. sebelum lima perkara..

    1. Tolong ingatkan sesama kita juga

    2. 5 perkara tersebut:

      1. Sihat sebelum sakit
      2. Muda sebelum tua
      3. Kaya sebelum miskin
      4. Lapang sebelum sempit
      5. Hidup sebelum mati.

  2. thanks sbb ingatkan tentang info ini bro.

    1. Sama-sama,kongsikan jika ianya memberi manfaat pada yang lain

  3. Alhamdulillah.. betul tu bro, terima kasih atas nasihat ni bro… :3

  4. Razif

    Mati itu pasti .. bersediakah kita

  5. yap, banyakkkan bersedekah..dan berkongsi ilmu.

  6. ilmu bro di blog ni.. perkongsian bro..

    al-fatihah…

  7. tq bro.. sama2 kite buat yg terbaek..

  8. maszull

    assalamualaikum bro…perkongsian yang baik kenalah selalu diingati..;)

  9. terima kasih atas peringatan tu bro..nice sharing 🙂

  10. reminder untuk diri..thanz bro..

  11. salam.. betul tu bro.. apa yg penting, kita cubalah sangka baik dengan Allah. Walaupun, Allah tak beri kita harta, ilmu dan anak.. ingatlah Allah itu maha pemurah..

  12. nice info bro…selalu beringat-ingat……

  13. Terima kasih di atas perkongsian info…. 😉

  14. Bersama kita muhasabah diri dan menambah amalan

  15. takutnya la nak hadapi,, sobsss

  16. Yang no 4…tak sabar nak tunggu ni!

  17. betul tu bro.. entry kita pun boleh jadi saham dalam kubur kelak… kira ilmu yg ditinggalkan.. azam… mari tulis yg baik2…

  18. Doa anak yang soleh tu ganjaran yang besar bagi ibubapa. Bukan saja mendidik anak supaya berdoa, tapi mendidik juga anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan mendoakan. Dua kenyataan berbeza.

  19. dari sehari ke hari kita menghampiri kematian..

  20. […] hanya 3 perkara sahaja yang mampu kita bawa selepas mati […]

Leave a Comment