17,159,606 total views, 172 views today

Teater Juta Juta 3D Dipentaskan Di Dewan Bahasa Pustaka

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Setelah mendapat sambutan hangat melelaui dua pementasan sebelum ini, Teater juta-Juta kini kembali sekali lagi buat mereka yang merindui dan juga mereka yang belum pernah menontonnya.

Teater ini diarahkan dan ditulis oleh Fasyali Fadzly dan dilakonkan oleh Anas Ridzuan, Fazleena Hishamuddin dan Aloy Paradoks. Dibarisi tenaga kreatif dan pelakon yang sama, teater ini memberikan sedikit kelainan daripada pementasan yang terdahulu.

Untuk kali ini, Teater Juta-Juta kini dipentaskan dalam 3D dan ini merupakan satu pendekatan baru untuk mendekatkan para penonton dengan mesej teater bergenre satira ini.

MASK Team dan DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) telah berkolaborasi sekali lagi untuk mementaskan teater ini di Stor Teater DBP bermula 5 Jun hingga 9 Jun 2013 jam 8.30 malam yang menampilkan aksi yang lebih Dungu, lebih Debar dan lebih Dekah .

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni Persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya.

Apa yang menariknya untuk pementasan ini, ianya membabitkan 3 orang pelakon sahaja yang bakal mendukung 12 watak kesemuanya.

Teater bergenre satira berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Ridzuan.

Pas pas masuk berharga RM30 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612 dan juga Ameera di talian 013-2102470

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian Teater Juta Juta 3D dan Twitter #TeaterJutaJuta3D

Bro pernah tonton Teater Juta Juta dan Teater Juta Juta Putrajaya sebelum ini. Memang best dan penuh dengan kejutan yang mampu buat penonton sendiri berada dalam situasi yang mereka teaterkan.

Kenangan paling menarik, bila nama Bro dipetik dalam teater itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 thoughts on “Teater Juta Juta 3D Dipentaskan Di Dewan Bahasa Pustaka

  1. Assalamualaikum bro. waaa 3 orang pegang 12 watak? terbaik bro terbaik.. teringin nak tengok teater! heheheee

    1. Yup, bayangkan mereka boleh bertukar watak dan pakaian atas pentas tanpa pergi ke belakang pentas dan penonton pula boleh tak perasan.

  2. YE KER BEST.. ni yg buat tak senang duduk.terpaksa korban dulu la sebab anak masih kecik nak bawak tgk teater..

    1. Macam mana la bila bro ada anak kecil nanti ek 🙁

  3. aduss,, kurang terasa nk tgk teater, hee

  4. dah lama tak tengok teater…..

  5. maszull

    assalamualaikum bro…best juga sesekali dpt pi tengok drama teater ni…;)

  6. tak pernah layan teater…tapi kalau nak cuba biasakan diri tengok teater apa salahnya kan..

Leave a Comment