Blogger Beautifulnara Wife Broframestone

Bro baru dapat cerita tentang rakan blogger Bro – Beautifulnara  telah dirompak pukul 2.15 petang semalam.

Kereta beliau BMW 3 Series putih WWM 7040 telah dilarikan. Jika anda nampak, sila telefon/SMS beliau di 0172678341.

Beliau dirompak ketika beliau sedang melihat rumah di Aman Putri, Sungai Buloh bersama isteri dan anaknya. waktu kejadian mangsa sedang melihat rumah untuk renovation bersama seorang bangla.

Kawasan masih baru dan tiada orang menetap disana. Jadi mereka pergi untuk melihat apa yang perlu direnovate sebelum berpindah ke rumah baru.

Selepas kira-kira 30 minit melihat bahagian belakang rumah, mangsa ke bahagian depan untuk berbincang mengenai tiles.

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta yang amat pantas. Mereka menoleh ke pintu pagar. Kelihatan sebuah kereta Naza Citra memasuki perkarangan.

Hati mereka waktu itu sudah berdebar. Tiba-tiba pintu kereta tersebut dibuka dan keluar 2 lelaki bertopeng sambil memegang parang.

Sambil mengacu parang ke arah muka mangsa, seorang perompak berkata, “Duduk diam dan ikut arahan. Kamu pun ada anak kecil kan”.

Duit dan kereta mereka diambil oleh perompak.

Kejadian ini berlaku dalam tempoh 2 minit. Tak lama kemudian, si perompak (ada 3 orang) memandu kereta beliau dan si kontraktor keluar dari kawasan tersebut.

Seorang perompak lagi masih berada di dalam kereta Kia Citranya, plat no PHT 425 dan ketiga-tiga ini terus keluar dengan sekelip mata.

Apa-apa pun beliau bersyukur bila dia dan keluarganya tidak diapa-apakan.

Beliau berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan beliau dan keluarganya. Semoga apa yang terjadi kepadanya menjadi pengajaran buat semua.

Sumber : twitter beliau (beautifulnara)