March 29, 2024

Rahsia Mimpi Dipatuk Ular

Rahsia Mimpi Dipatuk UlarOrang tua selalu berkata,

Mimpi bertemu ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang tak elok yang berada di sekeliling kita.

Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan.

Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi.

Ada yang memang dia nak dipatuk ular atau ada orang berniat jahat terhadap dia. Itupun jika anda percaya kepada tafsiran mimpi.

Walaupun ada yang mengatakan mimpi hanya permainan tidur. Tetapi dengan kuasa Allah SWT, apa-apa pun boleh terjadi dan mungkin melalui mimpi Dia cuba memberi peringatan kepada kita. Siapa tahu kan :)

Pagi ini bergurau dengan adik angkat Bro yang sorang ini.

Malam tadi dia bermimpi ular, seram katanya. Mungkin jodohnya dah nak sampai atau dia seram bila memikirkan tentang jodohnya. Atau kedua-duanya sekali.

Baginya, dia tidak percaya dengan firasat mimpi dan menganggap ianya karut semata-mata. Sebab dia dah banyak kali bermimpikan ular (mungkin ular itu kacak dan hensem sampai dia termimpi-mimpi banyak kali – Baik mimpikan Bro).

Maka Bro terpaksa menjelaskan (dalam nada menyakat)

Kalau selalu bermimpi ular itu banyak kali mematuk, maknanya jodoh itu datang nak cuit-cuit (poke dalam istilah kamus facebook) nak tengok respon dia.

Kalau selalu bermimpi nampak ilar berlalu buat bodoh depan kita, maknanya jodoh itu hanya datang dan berlalu begitu sahaja.

Pada Bro la kan, jodoh pertemuan adalah ketentuan Illahi, kadangkala jodoh lalu depan kita sendiri pun kita tak sedar sehinggakan Allah izinkannya. Waktu itu kita nampak jelas bahawa dia itulah jodoh kita.

Jangan nak susah-susah cari dekat facebook, entah-entah jiran sebelah rumah je kan.

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya

Kami tidak rela melihat anda dirundung dengan pelbagai masalah apabila perancangan anda untuk berpoligami dihalang atau anda tidak dapat menguruskan dengan baik perancangan poligami anda.

Rahsia Yang Bakal Dikongsikan Ini Akan Membuatkan Kaum Hawa Akan Menerima ‘Kawan Baik’ Atau Madu Jika Anda Mendapatkannya.

Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Serius Ingin Berpoligami Sahaja !!! Dan Mereka Yang Ingin Bahagia Dengan Isteri-Isteri Tersayang. Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Rahsia Mimpi Dipatuk Ular

  1. Mimpi ni ada 3 jenis.. Pertama, mimpi daripada Allah SWT iaitu mimpi yang baik.. Kedua, mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk.. dan ketiga, mimpi daripada diri sendiri kerana berlaku sesuatu siang tadi lepas tu malamnya dia bermimpi sebab teringat-ingatkan perkara yang berlaku siang tu..

    Mimpi ular ni ada banyak tafsiran jugak.. Biasa orang cakap berkait dengan jodoh.. Tapi ada jugak tafsiran yang kaitkan mimpi ular dengan gangguan jin atau sihir.. Bermimpi ular banyak, ditafsir akan panjang umur.. Mimpi kena kepung dengan ular yg banyak, ditafsir akan ada banyak musuh.. Kalau yang dah berkahwin mimpi ular biasanya ditafsir akan peroleh kebahagiaan dalam hidup..

    Apa2 pun.. Mimpi ni cuma mainan tidur.. Tapi kalau mimpi yg datang daripada Allah, kita akan dapat rasa sendiri beza mimpi tersebut dengan mimpi2 biasa..

  2. assalam bro. mimpi patuk ular? hmm ada betul ada yang tak betul macam yang saudara Anarm cakap. Bergantung kepada keadaan. MakLady ada gak sekali skala mimpi ular… tapi takde pun org masuk meminang…?? hahahahahaha…
    ntah2 ular dlm mimpi tu sebenarnya nk bagi tau ML – ada org nak POKE POKE kat FB kot…hahaha…

    ade ade je la bro ni…hehehe

  3. Mimpi ni mainan tidur… Tapi setiap mimpi ada tafsirannya tersendiri.. Kalau nak tahu tafsiran yang tepat kena rujuk pada buku atau pada mereka yang pakar…

  4. assalamualaikum bro…betul tu kekadang ada yg benar kekadang mcm x benar tapi kalau dah sampai jodohnya alhamdullilah…;)

  5. Kie selalu mimpi ular…

    ular hitam…. ular kuning…

    kata orang tua2 ular hitam -ada orang nak menyihir kita atau nak dimasuk syaitan…

    malah ular kuning pula -menjaga kita…

    hurmmm namun kie pula jenis suka melihat pada suratan kebetulan selepas mimpi… biasanya kalau ular hitam selalu mendapat malapetaka…

    kuning…. xd apa pula rasanya… so kie akan anggap ia sebagai tanda peringatan atas kelalaian seharian hidup kie apa yang salah… apa yang dah kie buat…

    dan kie akan tengok jam berapa kie mimpi kemudian kie akan buka aL-Quran… sebab kebiasaannya bila kie wat macam tu… Allah beri petunjuk melalui firman-Nya dalam aL-Quran…

    Allahu’alam…

    that’s all…

  6. Dulu sy sll bermimpi ular. Xlama tu, makcik jiran sblh da tnye psl sy kt mak n ayah sy. Tpi sy xnk bg kputusan lg utk trima, jd sy biarkan pertanyaan tu berlalu begitu saje. Slps makcik tu tnye,sy dh xmimpi ular dh. Adakah anak makcik tu jodoh sy?

  7. Selalu kalau bermimpi ular ni selalu dikaitkan terkena sihir atau macam ada kaitan dengan sihir la. Pernah juga mimpi ular. Tapi bangun-bangun terus lupa la ular tu buat apa. Yang ingat ular je.. hehe

  8. Hahaha. Saya pun mimpi ular hitam panjang dan kurus. Tapi dia hanya lalu di tepi saya macam tak peduli langsung. Mungkin tiada jodoh saya.

Leave a Reply to Bidadari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *