17,166,799 total views, 319 views today

Rahsia Mimpi Dipatuk Ular

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Orang tua selalu berkata,

Mimpi bertemu ular ini kebiasaannya adalah perkara berkaitan dengan jodoh dan perkara-perkara yang tak elok yang berada di sekeliling kita.

Contoh mimpi dipatuk ular, kebanyakan orang akan menafsirkan bahawa dia akan dipinang atau akan bertemu jodoh, baik lelaki atau perempuan.

Itu ada kebenarannya, tetapi harus diingat bahawa mimpi setiap orang dan penafsirannya adalah sangat berbeza untuk setiap orang yang bermimpi.

Ada yang memang dia nak dipatuk ular atau ada orang berniat jahat terhadap dia. Itupun jika anda percaya kepada tafsiran mimpi.

Walaupun ada yang mengatakan mimpi hanya permainan tidur. Tetapi dengan kuasa Allah SWT, apa-apa pun boleh terjadi dan mungkin melalui mimpi Dia cuba memberi peringatan kepada kita. Siapa tahu kan 🙂

Pagi ini bergurau dengan adik angkat Bro yang sorang ini.

Malam tadi dia bermimpi ular, seram katanya. Mungkin jodohnya dah nak sampai atau dia seram bila memikirkan tentang jodohnya. Atau kedua-duanya sekali.

Baginya, dia tidak percaya dengan firasat mimpi dan menganggap ianya karut semata-mata. Sebab dia dah banyak kali bermimpikan ular (mungkin ular itu kacak dan hensem sampai dia termimpi-mimpi banyak kali – Baik mimpikan Bro).

Maka Bro terpaksa menjelaskan (dalam nada menyakat)

Kalau selalu bermimpi ular itu banyak kali mematuk, maknanya jodoh itu datang nak cuit-cuit (poke dalam istilah kamus facebook) nak tengok respon dia.

Kalau selalu bermimpi nampak ilar berlalu buat bodoh depan kita, maknanya jodoh itu hanya datang dan berlalu begitu sahaja.

Pada Bro la kan, jodoh pertemuan adalah ketentuan Illahi, kadangkala jodoh lalu depan kita sendiri pun kita tak sedar sehinggakan Allah izinkannya. Waktu itu kita nampak jelas bahawa dia itulah jodoh kita.

Jangan nak susah-susah cari dekat facebook, entah-entah jiran sebelah rumah je kan.

Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya

Kami tidak rela melihat anda dirundung dengan pelbagai masalah apabila perancangan anda untuk berpoligami dihalang atau anda tidak dapat menguruskan dengan baik perancangan poligami anda.

Rahsia Yang Bakal Dikongsikan Ini Akan Membuatkan Kaum Hawa Akan Menerima ‘Kawan Baik’ Atau Madu Jika Anda Mendapatkannya.

Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Serius Ingin Berpoligami Sahaja !!! Dan Mereka Yang Ingin Bahagia Dengan Isteri-Isteri Tersayang. Ketahui Betapa Mudahnya Poligami Jika Kena Pada Caranya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Rahsia Mimpi Dipatuk Ular

  1. haha..kalau ular duk berlingkar kat badan,mcm na??hehehe

    1. Itu ular baru lepas minum cool blog he..23x

  2. Haha. Trus buat entri kan. Untung berborak pasal ular dgn reena. Haha
    Anyway byk ‘ular’ yg datang ofis. Cuma takde yg mematuk gamaknya.

    1. Siapa berani nk patuk puteri bunian huhuhu nak telan pun xtau muat ke x?

  3. Mimpi ni ada 3 jenis.. Pertama, mimpi daripada Allah SWT iaitu mimpi yang baik.. Kedua, mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk.. dan ketiga, mimpi daripada diri sendiri kerana berlaku sesuatu siang tadi lepas tu malamnya dia bermimpi sebab teringat-ingatkan perkara yang berlaku siang tu..

    Mimpi ular ni ada banyak tafsiran jugak.. Biasa orang cakap berkait dengan jodoh.. Tapi ada jugak tafsiran yang kaitkan mimpi ular dengan gangguan jin atau sihir.. Bermimpi ular banyak, ditafsir akan panjang umur.. Mimpi kena kepung dengan ular yg banyak, ditafsir akan ada banyak musuh.. Kalau yang dah berkahwin mimpi ular biasanya ditafsir akan peroleh kebahagiaan dalam hidup..

    Apa2 pun.. Mimpi ni cuma mainan tidur.. Tapi kalau mimpi yg datang daripada Allah, kita akan dapat rasa sendiri beza mimpi tersebut dengan mimpi2 biasa..

  4. yup,sy suka ayat last tu,hehe…kadang2 kita tidak tahu pun,orang yg selalu begaduh dengan kita itulah jodoh kita…hehehe.

  5. Kalau mimpi ular lidi patuk macamana yer bro? 🙂

  6. assalam bro. mimpi patuk ular? hmm ada betul ada yang tak betul macam yang saudara Anarm cakap. Bergantung kepada keadaan. MakLady ada gak sekali skala mimpi ular… tapi takde pun org masuk meminang…?? hahahahahaha…
    ntah2 ular dlm mimpi tu sebenarnya nk bagi tau ML – ada org nak POKE POKE kat FB kot…hahaha…

    ade ade je la bro ni…hehehe

  7. mimpi adalah salah satu rahsiaNya..kita hanya boleh tafsir je..sejauh mana kebenarannya..hanya Dia yang tahu..
    Allah Maha Besar.

  8. Mimpi ni mainan tidur… Tapi setiap mimpi ada tafsirannya tersendiri.. Kalau nak tahu tafsiran yang tepat kena rujuk pada buku atau pada mereka yang pakar…

  9. pernah gak mimpi dipatuk ular..ular tu kaler kuning..kata org ada kaitan dengan jodoh..tp until today SA belum dipinang sesiapa..

  10. maszull

    assalamualaikum bro…betul tu kekadang ada yg benar kekadang mcm x benar tapi kalau dah sampai jodohnya alhamdullilah…;)

  11. Kie selalu mimpi ular…

    ular hitam…. ular kuning…

    kata orang tua2 ular hitam -ada orang nak menyihir kita atau nak dimasuk syaitan…

    malah ular kuning pula -menjaga kita…

    hurmmm namun kie pula jenis suka melihat pada suratan kebetulan selepas mimpi… biasanya kalau ular hitam selalu mendapat malapetaka…

    kuning…. xd apa pula rasanya… so kie akan anggap ia sebagai tanda peringatan atas kelalaian seharian hidup kie apa yang salah… apa yang dah kie buat…

    dan kie akan tengok jam berapa kie mimpi kemudian kie akan buka aL-Quran… sebab kebiasaannya bila kie wat macam tu… Allah beri petunjuk melalui firman-Nya dalam aL-Quran…

    Allahu’alam…

    that’s all…

  12. tak penah pun mimpi ular lagi..ohoh

  13. tapi ensem muka ular tu… kacak semacam jek ekeke

  14. Solehah

    Dulu sy sll bermimpi ular. Xlama tu, makcik jiran sblh da tnye psl sy kt mak n ayah sy. Tpi sy xnk bg kputusan lg utk trima, jd sy biarkan pertanyaan tu berlalu begitu saje. Slps makcik tu tnye,sy dh xmimpi ular dh. Adakah anak makcik tu jodoh sy?

  15. Selalu kalau bermimpi ular ni selalu dikaitkan terkena sihir atau macam ada kaitan dengan sihir la. Pernah juga mimpi ular. Tapi bangun-bangun terus lupa la ular tu buat apa. Yang ingat ular je.. hehe

  16. mimpi adalah bunga tidur,,asal jangan mimpi yang seram-seram

  17. Pinkcolor

    Hahaha. Saya pun mimpi ular hitam panjang dan kurus. Tapi dia hanya lalu di tepi saya macam tak peduli langsung. Mungkin tiada jodoh saya.

  18. ita

    Saya mimpi anak gajah hilang…….dan mimpi
    D kejar kuda…..tp blm tau apa .jwban ny
    …….

  19. Semalam saya mimpi suami dipatuk ular bisa..ular tedung..runsinglaa pk pasal mimp tu …apa maksudnye ek?

Leave a Comment