17,147,958 total views, 3,347 views today

Ragut – Kerjaya Pilihan Masa Kini

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

mangsa ragut
Makin lama, makin rasa tak selamat pula duduk di Malaysia sekarang. Negara memang aman, makmur dan sejahtera.

Tetapi masih berlaku kejadian bunuh, rogol, cabul, rompak dan ragut.

Sesiapa pun boleh jadi mangsa. Tak kira tua muda, lelaki atau perempuan, hensem atau macho. Asalkan ada peluang dan kita tak sedar, maka kitalah mangsa yang paling sesuai bagi mereka.

Disini Bro nak kongsikan salah satu cerita yang dikongsikan oleh kenalan Bro – Ezmaliza (Nanti Bro share link blog) di laman facebook beliau.

Dua lagi kes ragut berlaku hari ini.

Satu masa dalam perjalanan ke office, aku nampak dua lelaki naik motosikal. Dia ragut beg tangan seorang makcik sewaktu wanita itu sedang membeli kuih tepi jalan.

Dan bila aku sampai kat office, satu lagi berlaku kes ragut pada kakak cleaner. Lehernya habis luka kesan diragut rantai emas. Yang kesiannya, dia cakap, “Saya orang Indonesia pon diragut Indonesia juga”. Aduhai kak oii.. peragut yang terdesak tak memilih kaumnya sendiri. Silap-silap satu hari nanti dia meragut saudara sendiri.

(Patutlah ada kes orang melayu hanya ragut orang melayu – dah tahap terdesak kot)

Bila berlaku kes macam ni, aku teringat kejadian yang pernah berlaku pada diri sendiri. Waktu tu aku sedang study di KMJ.

Bila hujung minggu aku akan balik rumah naik LRT dari Puduraya ke Cempaka. Turun je dari LRT, ada seorang lelaki ikut dari belakang.

Mula-mula aku tak syak apa-apa. Tapi aku ada terdengar dia telefon seseorang dan cakap ‘SEKARANG’. Tak sampai 15 saat lepas tu, aku rasa beg aku direntap dengan kuat dari belakang oleh seorang lelaki menaiki motorsikal.

Masa aku terjatuh, aku cuma mampu menjerit dan minta tolong pada lelaki yang berjalan di belakang aku tadi kerana dia sahaja manusia yang aku nampak normal untuk aku minta bantuan. Tapi dia langsung tak pedulikan aku dan terus berjalan tinggalkan aku. Kohaja tak? Kohaja kannnn…. T_T

(Mungkin dia juga adalah rakan subahat, siapa tahu)

Hari ini bila berlaku lagi kes macam ni, aku merasakan kes ragut makin berleluasa. Emas, beg tangan, handphone, orang yang sandang beg laptop, orang yang berkereta mewah, orang yang berniaga tepi jalan, semua ni jadi sasaran. Tidak mengira lelaki atau perempuan, bertudung atau tidak, peragut ni buat kerja tidak kenal mangsa.

Kat mana lagi tempat yang selamat dalam Malaysia ni? Lagu mana lagi nak pakai supaya kita ni nampak kurang berada untuk mereka ragut? Huhhh, sial sungguh kan peragut zaman sekarang ni? Rasa macam nak sulaaaa je kalau dapat!

Ragut memang tak mengenal sesiapa, lokasi mahupun masa, bila-bila pun boleh meragut.

Ini adalah pengakuan dari peragut yang sebati dalam hidupnya dengan aktiviti meragut rumput dan tanam orang lain – En Kham Bing & En Lem Bou.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 thoughts on “Ragut – Kerjaya Pilihan Masa Kini

  1. suka gambar kambing tu…. ragut rumput takpe…

    1. gambar saya akak xsuka ke?

  2. Peragut2 sekarang ni memang terdesak..tak kira tua ke muda…semua mereka sebat je…apa nak jadi dengan mereka ni pun tak tahu la..

    1. Jenayah ragut adalah tindakan terdesak oleh penjenayah. Teknik penjenayah adalah menjatuhkan mangsa dan baru bertindak.

    2. Nak jadi blogger, tapi tiada sesiapa nak beri tunjuk ajar he..23x

  3. Peragut yang terdesak akan meragut tak kira siapa pun mangsanya.
    Tetapi ada juga peragut yang menjadi sebagai satu karier hidupnya, sebab hasilnya berbaloi. Berhati-hatilah……..

    1. Tetapi ada juga peragut yang buat kerje ini sebagai part time je.. Dan ada juga yang baru nak berjinak-jinak.

      Itu pasal ragut sampai nyawa pun teragut sama.

  4. En Kham Bing dan Lem Bou juga yang naik saham..

  5. entah daripada mana datangnya istilah Malaysia ni aman? sedangkan jenayah2 besar macam rogol, bunuh, culik, rompak, tembak hari2 terjadi… sesuatu perlu dilakukan untuk tangani benda ni.

  6. aku penah tengok depan mata je..kat Kuala Kangsar…nak kejar..sekali tak dapat la..pompuan skang ni elok bawak sesiap duit dalam poket..:D

  7. bro, yang kambing dengan lembu paling takbleh blah! hahaha

  8. elak jln sorang2, makin banyak dah kes ni

  9. mmg makin menjadi2 kes ragut sekarang ni.. Nak keluar pon takuttt jadinya..

  10. kerja ni memang ada masa depan. haha..

  11. erk. diorg ni nak dapatkan duit dgn cara mudah

  12. baca cerita bro, teringat cerita tanah kubur, mat gian teragut maknya sendiri. walaupun cerita tak mustahil boleh berlaku bila terdesak.

  13. memang bro. sekarang nih macam-macam kan. tidak mengenal siapa. kalau nenek yg lalu tue pun diorang nak ragut, diorang ragut je.

    perompak dan peragut berpisah tiada.

  14. 4 perempuan dalam keluarga kikie telah merasa trauma tu Bro…

    almaklumlah masa tu duduk black area… memang lah menjadi tumpuan perkerja berkaliber fakulti jenayah…

    kikie dulu hampir2 dalam kereta sebab letak bag laptop atas kerusi penumpang… Alhamdulillah xpecah walau dah dihentak dengan helemet dya tuw… hehehe

  15. terkutuk kerjaya ni…

    teringat kesah nenek sy jadi mangsa ragut… kesian 🙁

  16. seingat saya..kes ragut dah berlaku sekian lama..

    ada juga kes ragut yg melibatkan kematian..terutama ragut ketika mangsa di atas motor…

  17. ni lah perkara yg plg takut kalau berjln sorg2..

  18. maszull

    assalamualaikum bro…heheheeh gambar kambing ragut rumput tu yg bestnya…:)

  19. muja salu lupa nak lock kereta,, biasanya barang berharga letak dalam bonet time driving,, pegang kunci, beg duit dengan hand phone je,, nauuzubillahi minzaalik,, duit takpe lagi,, nyawa tu,, sekali tercabut, tak leh ganti dah.

  20. Baru minggu Lepas Mak Kawan Baik Giorgio kn ragut kt Giant Wangsa Maju…
    Nasib baik xde pape… cume beg tangan ngan rantai Emas jeala kene sebat ngan Si Bedebah tu… Geram Btol…

  21. Peragut sekarang makin lama makin berbahaya. Kalau tak dapat larikan beg tangan, dorang datang balik dan bertindak ganas. Sebab tu kalau boleh elak tempat-tempat sunyi dan belajar cara mempertahankan diri berdepan dengan peragut.. 🙂

  22. Semakin maju Malaysia ni semakin malas mereka2 ni nak berkerja. Harapkan kerja mudah saja. Dapat apa dengan rezeki meragut ni dahla haram, Menyusahkan orang pulak.

  23. Jangan kata meragut kes tembak mati pun banyak sekarang ni. Senang2 je mereka bawa masuk pistol kat Malaysia ni. Dunia akhir zaman.

Leave a Comment