17,147,778 total views, 3,167 views today

Potret Kontemporari Bertaraf Dunia Di Galeri Petronas

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

5th Kuala Lumpur International Photoawards 2013 Winner
Bagi peminat fotografi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pameran terbaru di Galeri Petronas yang memaparkan himpunan gambar potret kontemporari bertaraf dunia.

Ianya telah diambil oleh para pemenang dan finalis pertandingan Anugerah Foto Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-5 2013 (KLPA 2013).

Pameran ini bertajuk Pemenang dan Finalis Anugerah Foto Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-5 2013 (5th Kuala Lumpur International Photoawards 2013) memaparkan 80 potret terpilih dan penyertaan terbaik daripada pertandingan itu.

Bagi KLPA 2013, mereka menerima penyertaan gambar potret dan imej yang dirakamkan dengan telefon pintar oleh jurugambar amatur dan profesional dari Asia, Eropah, Amerika Utara dan Selatan dan Timur Tengah.
Lui De Hwa Hokkien Wayang extra actor
Peserta Malaysia Lim Li-Ling, bergambar bersama trofi dan karyanya yang bertajuk “Lui De Hwa, Hokkien Wayang extra actor” yang telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori Portrait Single.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai di GALERI PETRONAS, Aras 3, Suria KLCC dari 23 Mei hingga 23 Jun 2013.

Acara ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan GALERI PETRONAS untuk menganjurkan pelbagai program penghargaan dan pendidikan seni dengan matlamat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan bakat seni fotografi Malaysia sentiasa mempelopori pembaharuan dalam bentuk ekspresi seni ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  1. Rashidah Ali, Pengurus, Pemasaran & Perkhidmatan Pelawat: +6 03 2051 5634 / rashil@petronas.com.my
  2. Haslizan Jemeli, Pemasaran & Komunikasi: +6 03 2051 0901/ haslizan_jemeli@petronas.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Potret Kontemporari Bertaraf Dunia Di Galeri Petronas

  1. saya sangat tak pandai melukis. ini fakta.

    1. Bro dulu reti la melukis, dan potret yang terlibat diatas tak perlu dilukis. Hanya amik gambar menggunakan kamera ataupun telefon bimbit je.

      Nampak sangat tak baca nie kan 🙂

    2. orang baca la,,, tak habis je,, tapi komen kat atas tu statement je,, hehe

  2. Mesti gambar2 yg dipamerkan sgt ohsem!

  3. sure menarik dan kreatif lukisan yg dipamerkan….

  4. Memang tahap gabah hebat membidik gambar. Boleh pelajari sesuatu terutama komposisi dan pencahayaan.

  5. maszull

    assalamualaikum bro…nampak macam menarik juga…:)

  6. sebulan je pameran ni…tak sampai dua minggu lagi pameran ni..nak kena cari masa terjah ni..:D

Leave a Comment