April 25, 2024

Masjid Kristal Kuala Terengganu

Blogger Travel - Masjid Kristal Kuala Terengganu

Jika anda telah menjejak kaki ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan perluang melawat Masjid Kristal yang merupakan salah satu mercu tanda di sini.

Ia merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Boleh dikatakan ramai perlancong yang datang ke masjid ini. Apa yang Bro dapati, ruang dalam masjid ini tidaklah sebesar mana dan pengunjung boleh memasukinya secara percuma.

Asalkan memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak keterlaluan. Bagaimanapun jubah disediakan untuk menghormati kesucian masjid.

Waktu Bro masuk ada beberapa orang mendirikan solat sunat. Terlupa nak tanya, sama ada mereka ada orang buat solat fardu berjemaah atau tidak. Kerana ada palang yang memmisahkan saf hadapan dengan kawasan pengunjung untuk bergambar atau berjalan.

Yang Bro tahu, mereka tidak mengadakan Solat Jumaat disini.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama (tang mana yang pintar ek? – sumber dari internet) di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

Kubah Masjid Kristal

Ada sesiapa tahu, tang mana yang kristalnya ek?

Waktu yang menarik ambil gambar di sini. Malangnya tak semua lampu dipasang, kecuali jika ada majlis atau acara diadakan disekitar kawasan ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Masjid Kristal Kuala Terengganu

  1. Aku pernah lepak sini pada waktu subuh. Semakin terang semakin terpancar cahaya seakan-akan kristal bila matahari mula menampakkan diri.

  2. Nabi Muhammad berkata:- Masjid adalah tempat ibadah.

    Tiada masalah untuk dijadikan pusat pameran. Tetapi alangkah baiknya dijadikan juga tempat solat jemaah bagi sembahyang jumaat.

    Apapun ikut atas kelulusan kerajaan negeri, mungkin ada isu bahaya tak boleh solat ramai-ramai takut runtuh agaknya? ..

    heheh .. ;)

Leave a Reply to dayangdeno Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *