Blogger Travel - Masjid Kristal Kuala Terengganu

Jika anda telah menjejak kaki ke Kuala Terengganu, jangan lepaskan perluang melawat Masjid Kristal yang merupakan salah satu mercu tanda di sini.

Ia merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Boleh dikatakan ramai perlancong yang datang ke masjid ini. Apa yang Bro dapati, ruang dalam masjid ini tidaklah sebesar mana dan pengunjung boleh memasukinya secara percuma.

Asalkan memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak keterlaluan. Bagaimanapun jubah disediakan untuk menghormati kesucian masjid.

Waktu Bro masuk ada beberapa orang mendirikan solat sunat. Terlupa nak tanya, sama ada mereka ada orang buat solat fardu berjemaah atau tidak. Kerana ada palang yang memmisahkan saf hadapan dengan kawasan pengunjung untuk bergambar atau berjalan.

Yang Bro tahu, mereka tidak mengadakan Solat Jumaat disini.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama (tang mana yang pintar ek? – sumber dari internet) di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi.

Kubah Masjid Kristal

Ada sesiapa tahu, tang mana yang kristalnya ek?

Waktu yang menarik ambil gambar di sini. Malangnya tak semua lampu dipasang, kecuali jika ada majlis atau acara diadakan disekitar kawasan ini.