Man of Steel Dan Monsters University

Kalau ikutkan macam dah lama tak tengok wayang dengan isteri. Kali terakhir tonton filem Iron Man kot.

So hujung minggu baru ini, Bro curi masa yang ada untuk menonton wayang dengannya.

Alang-alang layan 2 movie terus – Man of Steel Dan Monsters University.

Sebelum keluar tengok wayang. Layan Battleship dekat Astro. Balik layan The Amazing Spiderman. So kalau kira-kirakan. 4 movie la totalnya ditonton bersama isteri.

Cuma kali ini, Bro tak merengek nak kan cawab edisi terhad yang selalu TGV dan cinema lain tawarkan.

Cukuplah kena perli tempoh hari dengan wife. Cawan dah berlambak dekat rumah. Bukan guna pun, entah-entah masih dalam kotak lagi.

Terbaik punya isteri