March 29, 2024

Lingham’s Chilli Sauce – 100 Year Brand In A Travel Convoy Nationwide

lingham chilli sauce Yeoh Jin Beng
Baru tahu adanya sos berjenama Lingham sewaktu dijemput ke Majlis pelancaran “Lingham’s Chilli Sauce To Take 100 Year Brand In A Travel Convoy Nationwide”

Majlis ini diadakan di Publika Shopping Centre , Kuala Lumpur untuk menyebar dan mempromosikan jenama Lingham di mana pihak penganjur akan berkonvoi di seluruh negara menggunakan 24 kereta berjenama Lingham.

Chillie Sauce Lingam’s nie sudah lama bertapak dalam industri makanan di Malaysia dan luar negara.

Ia bermula pada tahun 1902 di Pulau Pinang dan mula terkenal di negara seperti Autralia , Belgium , Brunei , Canada , Denmark , Findland , Hong Kong , Indonesia , Jepun dan banyak lagi.

Sekarang Sos Lingham’s datang dalam pelbagai rasa seperti Bawang Putih , Halia Bawang putih , Biasa , Extra Pedas , dan Halia.

Konvoi yang terlibat akan jelajah ke serata negeri bagi untuk memperkenalkan penjenamaan Lingam’s kepada rakyat Malaysia dan kesedaran kepada generasi muda tentang kewujudan sos Lingam’s jenama Malaysia.

Menurut Yeoh Jin Beng, Pengarah Urusan Lingham & Son (M) Sdn. Bhd, Konvoi ini akan terus mengukuhkan jenama mereka yang telah wujud selama 105 tahun.
lingham chilli sauce volkwagon
Semua kereta dicat dengan warna cap dagang Lingham, kuning cerah bersama-sama dengan logo mereka.

Konvoi ini akan bergerak ke sekitar Lembah Klang bagi mempromosikan jenama Lingham kepada orang ramai. Konvoi ini akan bergerak juga ke negara-negara jiran seperti Singapura dan juga Thailand.

Info Menarik Mengenai Lingam

Lingham telah ditubuhkan pada tahun 1908 oleh seorang warga India dengan nama yang sama di Pulau Pinang. Perniagaan ini telah dijual kepada sebuah keluarga Cina pada tahun 1945 selepas perang dunia kedua. Selepas beberapa perubahan, syarikat Lingham & Son (Malaysia) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1971.

Sejak daripada itu,jenama ini telah mengekalkan kedudukanya sebagai salah satu pengeluar sos cili yang terkemuka di negara ini. Rangkaian pengedaran Lingham di seluruh dunia kini menjangkau Australia, Belgium, Brunei , Kanada, Denmark, Finland, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Belanda, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Thailand, UAE, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

lingham chilli sauce blogger
Baru-baru ini bro pergi ke Jusco berdekatan area rumah Bro.

Bro pergi bahagian sos, memang ada rupanya sos cili Lingham. Kenapa selama ini Bro tak perasan?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Lingham’s Chilli Sauce – 100 Year Brand In A Travel Convoy Nationwide

  1. sos lingham’s ni mmg sedap bro…cecah dengan keropok ikan ke…cucur ke..mmg best…tak sangka da 100 tahun…dari sekolah rendah lagi sy da merasa sos lingham’s ni..hee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *