You are here
Home > 1001 Pictures > Jualan Murah – Indah Dalam Akhbar Dari Rupa

Jualan Murah – Indah Dalam Akhbar Dari Rupa

20130629-173927.jpg

Jualan murah – Indah khabar dari rupa.

Dalam kes Bro, indah dalam akhbar dari rupa. Semuanya gara-gara iklan yang terpapar dalam surat khabar.

Sebab itu Bro tak suka baca surat khabar. Tapi isteri Bro pula yang terbaca.

Waktu ambil dia balik kerja tadi, dia boleh cakap “Ada sale, jom beli perabot dekat rumah” sambil tunjuk keratan akhbar.

Biasalah kami baru nak hidup. Jika sebelum ini rumah yang kami sewa fully furnished. Serba lengkap.

Atas sebab keselamatan, kami terpaksa pindah ke rumah lain. Malangnya rumah yang kami sewa kali ini tiada perabot.

“Ok” itu jawapan yang terkeluar dari mulut Bro yang muncungnya semakin memanjang.

Kedai perabot yang kami pergi ini mempunyai beberapa cawangan. Yang paling dekat dengan rumah adalah di Pekan Rawang.

Memang mereka sedang buat jualan murah. Agak rambang mata juga nak buat pilihan yang berbaloi dengan duit dalam poket.

Apa yang Bro perasan.

Kebanyakkan gambar yang ada dalam iklan sebenarnya tidak disertakan sekali dalam harga promosi.

Nampak sangat sekadar hiasan untuk menarik pelangan datang ke kedai mereka.

Maka Bro terpaksa pilih yang terbaik dan berbaloi dengan masa yang Bro ambil/habis untuk ke sana.

Tak kisahlah, asalkan isteri tersenyum. Isteri siapalah nie.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Jualan Murah – Indah Dalam Akhbar Dari Rupa

    1. Yup, beli set bilik tidur. Selama ini tidur bentang tilam depan tv je. Bilik tidur masih kosong lagi dekat tingkat dua.

      Itu pun xde sape2 nak naik tingkat dua.

  1. Iklan sememangnya macam tu… Ada yang boleh dipercayai dan ada pula yang tidak… jadi, kena rajin-rajinlah buat survey terlebih dahulu…

  2. Kalau dah nak dekat puasa ka, raya ka. Jangan percaya jualan murah ni. Padahal hari biasa itu lah harganya pun. Tapi sengaja dorang letak harga mahal lepas tu ada diskaun padahal harga diskaun tu harga hari biasa pun dapat. Tu sebab kalau nak beli barang usha 3 bulan harga situ. Tengok macam mana perubahan. Sama ke apa. Sebab ini teknik promosi. Kita jangan sesekali tertipu dengan iklan.. hehe

Leave a Reply

Top