20130603-215923.jpg

Nampak menyelerakan tak bila tengok gambar buah naga ini?

Tengok warna dan isinya yang ranum mampu buat Bro menelan air liur. Tak tahu pula korang bagaimana pula.

Paling tak tahan bila isteri mengidam buah naga. Siap minta ayah petik buah yang paling besar dan simpan dalam peti ais.

Sebelum balik, selamat tak terlupa.

Memang sedap bila buah yang segar, petik terus masuk dalam peti ais. Keluarkan terus makan.

Meleleh-leleh jusnya.

Memang berbaloi tanam pokok ini di rumah.

Tetapi pokok ini agak sensitif sikit. Kena pandai jaga.

Bila berbuah pastikan buah yang terbaik sahaja dibiarkan. Yang agak “kureng”, elok dibuang untuk pastikan buah yang berkualiti terhasil.