You are here
Home > BroFramestone Bertanya > Apa Pendapat Anda Mengenai Acer Aspire R7?

Apa Pendapat Anda Mengenai Acer Aspire R7?

Aspire-R7
Bro plan nak angkat laptop dalam masa terdekat, dan Bro ternampak video tentang Acer Aspire R7 di Youtube.

Apa pendapat anda selepas menonton video ini. Kongsikan dengan Bro.

Memang designnya agak kurang menarik (bagi Bro) dan beberapa orang yang pernah menulis review tentang gadget ini (Bro search dekat Google je).

Aspire R7 merupakan notebook pelbagai mod yang dikuasai Intel Core i5 dan berharga RM 2999 apabila berada di pasaran pada Jun 2013. Bro Google tengok ada kedai online yang letak harga RM2899.

Ia dilengkapkan dengan engsel “Exel” bagi membolehkan ia menjadi sebuah tablet dan desktop dengan hanya memusingkan engsel itu.

Menggunakan Windows 8, paparan HD penuh, audio Dolby Home Theater, Intel HD Graphics 4000, pemproses Intel Core i5 1.8GHz dengan Turbo Boost hingga 2.7GHz, 6GB RAM, 500GB HDD, dan 24GB SSD.

Acer Aspire R7 mempunyai skrin sesentuh 15.6 inci, kemasan aluminium, WiFi, BlueTooth, 2 USB 3.0, 1 USB 2.0, empat pembesar suara, webcam, HDMI dan slot SD. Nyawa bateri mampu bertahan untuk 4.5 jam dengan bateri 53Wh.

Kredit gambar buat Tian Chad.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Apa Pendapat Anda Mengenai Acer Aspire R7?

    1. Mengenai Windows 7 atau Windows 8 secara jujur saya tidak ada pengalaman. Apa yang saya tahu UI Windows 8 memang gempak dan lebih ringan daripada Windows 7.

  1. Hey bro if you wanna make people surprised and always share the screen with friends, R7 is the right gadget to have =) Good enough for traveling and blogging anywhere you want~

  2. Allahuakbar gempaknya teknologi baru dari ACER R7 ni!!!

    birthday wish list nak Mac Book…

    tapi bila tengok ads ni aduh!!!!… menariknyaa….

    harga pun note bad lebih kurang Mac Book….

    I think i should change my birthday wish list!!

  3. susah nak cakap.. kene belek..pegang dan rasainya dahulu… tapi memang takkan nak dpt macma tu kan selain beli…

    tapi yan gnyata, kalu dah dpt acer ni konpem tak nampak bini duk kat sebelah dah……..sbb dah dapt bini baru lagi solid..keh3

    apa2 pun..kalu memang kerja banyak mengadap komputer.. sesuai la kot beli…

Leave a Reply

Top