You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > 1 Lawan Satu – Filem Aksi Pertama Dari Pierre Andre

1 Lawan Satu – Filem Aksi Pertama Dari Pierre Andre

1 lawan satu Mikael Andre vs Azlan Komeng
1Lawan Satu, Filem aksi pertama arahan pengarah Pierre Andre yang sebelum ini kita tahu banyak menghasilkan filem bergenre komedi romantik dan seram.

Adakah kelainan pada karya ini untuk dijadikan buah tangan terakhirnya sebelum mendirikan rumah tangga baru-baru ini?

Minat untuk menghasilkan filem aksi ini tercetus setelah melihat kejayaan kawan-kawan seangkatannya yang lain selain perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam meluaskan corak pengarahannya.
1 Lawan Satu Mikael Andre
1 Lawan Satu menceritakan kehidupan dua individu berbeza latar belakang iaitu Radhi dan Saleh.

Radhi terpaksa bertarung di jalanan demi mendapatkan wang untuk menampung pembiayaan perubatan adiknya, Sara yang sedang sakit.

Sara adalah satu-satunya amanat dan darah dagingnya yang ditinggalkan oleh kedua ibubapanya selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.
1 Lawan Satu Azlan Komeng Along Eyzendy
Sementara itu, Saleh yang handal bersilat sedang menyelesaikan misi keluarganya untuk membawa adiknya, Saleha pulang setelah diculik oleh Oman.

Saleha telah dijadikan cagaran kepada Oman selepas teman lelakinya gagal melunaskan hutang dan telah ditangkap polis.

Radhi yang terdesak kerana memikirkan keadaan Sara menerima tawaran Oman untuk berlawan untuknya manakala Saleh perlu berlawan dalam satu pertarungan demi menyelamatkan Saleha.

1 lawan satu Mikael Andre vs Azlan Komeng 2

Hanya yang menang dalam perlawanan ini sahaja akan dapat menyelamatkan orang yang mereka sayang. Jika tidak, Sara dan Saleha akan dijadikan pelacur oleh Oman.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan ini? Jom sama-sama kita saksikan di pawagam bermula 27 Jun 2013 ini.

Review Dari Bro Framestone

Bagi Bro, filem ini hampir 80% adalah aksi dan kurang dialog tetapi mudah difahami.

Bagi peminat filem aksi, mungkin filem ini sesuai untuk anda, dengan aksi dan stunt yang tidak keterlaluan (boleh diterima dek akal fikiran tetapi jangan sesekali mencubanya).

Babak romantik agak kurang diketengahkan. Kecuali babak Azlan Komeng yang jatuh cinta dengan bekas rakan serumah adiknya, lakonan Fyza Kader.

Tak semua babak dalam filem ini menarik, ada beberapa babak pada penghujungnya agak kurang menyengat. Mungkin boleh diperbaiki dilain masa.

Apa-apa pun ianya tetap karya terbaik dari Pierre Andre.

Trailer Filem 1 Lawan Satu

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “1 Lawan Satu – Filem Aksi Pertama Dari Pierre Andre

  1. but is a good exposure lah for his first film…

    lagi pun genre aksi… should try baru berkembang minda dan karya aksi…

    rasanya sambutan nanti menggalakan kowt.. orang malaysia ni kan suka aksi2… sampai orang bergaduh kat jalanan pun lebuhraya sebelah sesak…

    hehehhe lol

Leave a Reply

Top