Air Asia Indonesia
Bro nak kongsikan pengalaman pertama sewaktu Bro menjejak kaki di Indonesia tahun lepas sewaktu mengikuti Travel Blog bersama Air Asia di Jakarta, Bandung dan Medan.

Ini pertama kali Bro menjejaki kaki di bumi asing (walaupun negara jiran je) seorang diri.

Hanya bertemankan, kertas aturcara program yang perlu Bro ikuti dan pesanan dari wakil Air Asia di Malaysia. Dimana sampai di Jakarta (selaku destinasi pertama Bro) perlu mencari travel agent yang membawa sepanduk “Air Asia group”.

Agak mencabar hati dan perasaan Bro waktu itu.

Dengan penerbangan selama hampir 3 jam dari LCCT ke Jakarta. Turun dari kapal terbang, terus menaiki bas yang disediakan.

Bro memilih menjadi yang terakhir keluar di balai ketibaan. Baru tak rambang mata nak cari wakil dari travel agent.

Apa yang Bro mula dapati sewaktu tiba. WiFi (percuma) tidak disediakan seperti yang sedia ada di LCCT. Agak kecewa di situ.

Tetapi pesanan pertama dari Travel Agent yang masih Bro ingat.

“Jangan sesekali bagi sesiapa tolong bawakan bagasi anda. Nanti mereka akan meminta anda membayar upah atau membawa anda terus menaiki teksi yang mungkin akan mengenakan charge yang tinggi atau anda sendiri akan kehilangan bagasi anda.

Dan yang penting sekali, Waktu pada jam anda (selalunya pada phone anda) adalah lewat sejam dari waktu Malaysia dan waktunya lebih kurang sama macam waktu di Sarawak dan Sabah.

Jika anda ingin bercuti lama di Indonesia, Bro cadangkan korang turun di Jakarta, habiskan sehari dua di sana kemudian baru bergerak ke Bandung menaiki kenderaan (kereta atau bas – under travel agent). Tak perlu nak bersusah payah menaiki kapal terbang.

Kenapa Bandung?

Kerana Bandung merupakan lokasi shopping bagi kaki-kaki shopping. Sure datang satu beg, balik berbeg-beg. Hanya perlu amik flight dari Bandung terus pulang ke malaysia.