You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > PRU13 – Tunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi

17,440,811 total views, 22 views today

PRU13 – Tunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi

20130505-090831.jpg

Selamat mengundi pada mereka yang mengundi pada pilihan raya kali ini.

Bagi yang tak memgundi, jangan nak lelebih up status politik dekat facebook.

Cakap pong pang pong pang. Tapi tak mengundi langsung.

Untuk PRU kali ini Bro selamat berada di kampung halaman di Perak.

Semua ahli keluarga balik (adik-beradik + menantu) dan berkumpul disini.

Depan rumah terpacak bendera parti politik yang berbeza. Bukan masalah pada keluarga Bro. Asalkan undi kami adalah rahsia.

Jentera BN dan PKR elok sahaja mendirikan khemah bagi jentera mereka didepan rumah Bro.

Selamat toilet rumah banyak dan ada satu daripadanya diluar.

Boleh digunakan oleh jentera kedua-dua parti diwaktu kecemasan.

Teringat lagi ADUN dan wakil Parlimen yang datang waktu majlis perkahwinan Bro tahun lepas.

Harap penggal yang akan datang ini pemimpin yang dipilih oleh rakyat mampu berikan yang terbaik pada kami semua.

Bicara Bro : Bro tak suka dengan calon yang bertanding untuk kepentingan peribadi.

Sama ada yang membelakangi parti atau nak dibayangi parti.

Undi pada calon yang anda rasa layak jadi pemimpin anda. Jangan undi parti tetapi calon hanya sekadar kambing hitam.

U know what i meant 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “PRU13 – Tunaikan Tanggungjawab Anda Sebagai Pengundi

Leave a Reply

Top