April 20, 2024

PRU13 – Senarai Menteri Besar / Ketua Menteri Tahun 2013

Tamat sudah pilihan raya umum ke-13,

Disini disenaraikan Menteri Besar yang dilantik bagi setiap negeri di Malaysia.

 Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

DATUK SERI MUSA AMAN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Musa menjadi Ketua Menteri mengikut sistem penggiliran selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004.

Alor Setar 6 Mei 2013-Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Alhaj Sultan Badlishah menyampaikan watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Kedah kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir di Istana Anak Bukit semalam.Gambar Kamal Basir / wartawan Utusan Shariza Abdullah / Kosmo Norlida Akmar

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 di Istana Anak Bukit.

Datuk Idris Haron

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Idris Haron, 47, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-10 menggantikan Mohd. Ali Rustam pada.

Beliau berbuat demikian di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di pejabatnya di Ayer Keroh di sini.

Datuk Ahmad Yakob

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu di Istana Negeri Kubang Kerian.

Pelantikan itu sekali gus menamatkan kepimpinan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar selama 22 tahun sejak tahun 1990.

Beliau sebelum ini Timbalan Menteri Besar telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V, Tuanku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail.

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Mutiara

Beliau melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Azlan Man

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pauh, Azlan Man mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau.

Beliau yang merupakan menteri besar Perlis ketujuh selepas merdeka, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim MB Selangor
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua.

Upacara angkat sumpah diadakan di Istana Alam Shah.

Khalid mengangkat sumpah bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin MB Johor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor.

Upacara angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, menggantikan Datuk Ghani Othman.
Datuk Seri Ahmad Said MB Terengganu
Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Datuk Seri Adnan Yaakob MB Pahang
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang buat kali keempat di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
******[Sedang dikemaskinikan]

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “PRU13 – Senarai Menteri Besar / Ketua Menteri Tahun 2013

  1. Tahniah diucapkan kepada ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar yang baru… Semoga mereka berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin… ;)

    1. Kecewa dengan kekalah Ali Rustam.

      Baru plan nak cadangkan dia pegang Menteri Pelancongan. Confirm banyak tempat pelancongan wujud dekat Malaysia ini.

  2. Tanniah kepada negeri yang menerima Menteri Besar dan Ketua Menteri baharu. Harap melaksanakan pemerintahan yang dinamik dan membawa pembaharuan.

  3. assalamualaikum bro…tahniah2 pada mereka semua dan moga akan dpt menjlnkan tugas dgn lebih bertanggungjawab lg…:)

Leave a Reply to deno Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *