Semalam merupakan hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 untuk pengundi awal.
Tetapi terdapat dakwaan mengatakan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang.
Ianya hilang dengan hanya membasuh jari mereka menggunakan sabun.
Perkara ini mungkin terjadi disebabkan oleh kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.
Menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria ekoran dakwaan itu,
SPR telah membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.
Jangan la ada pihak yang buat video parody mengenai isu goncang-goncang nie.
la. kena goncang dulu kerr..
Perkara teknikal seperti ini boleh mengundang keraguaan kerana buat pertama kali perkenalan dakwat kekal di PRU13 ini.
pasal dakwat pun nak bising ke
nak kekal sangat.. bawak dakwat sendiri.. sharpie.. las2 nak solat kang.. pandai2 arrr
memang tak kekal pun
ada jumpa member askar yang dah mengundi
dia tunjuk jari, bersih dah
tunggu jer bile sampai hari tu nanti, kekal tak kekal…
tak guna lgi, jadi tak leh komen lebih.. nanti dah calit, tgk betul ke tak..
ishh dakwat jer .. itu pon bnyk bunyi
Semua benda kalau boleh nak dibunyikan dan dipolitikan :)
neves plk nak g ngundi.. 1st time
Mana boleh diperkecilkan,mengundi ni benda penting tau.
assalamualaikum bro…kena la ambil perhatian la pas ni…:)