You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > PRU13 – Berjasa Pada Rakyat Dan Negara

17,417,149 total views, 5,544 views today

PRU13 – Berjasa Pada Rakyat Dan Negara

20130507-002058.jpg

Tamat sudah bahang pilihanraya.

Tahniah pada mereka yang telah menang. Bagi yang kalah, jangan bersedih.

Nak berjasa tak semestinya kena menang pilihanraya.

Kalau nawaitu betul, pasti banyak jalan dan laluan yang boleh anda gunakan untuk berbakti pada masyarakat dan rakyat sekeliling.

Ramai calon yang bagus kalah. Dan ada juga calon yang bermasalah menang besar.

Apa boleh buat. Malaysia sudah buat pilihan.

Tutup mata dan kasi pangkah saja. Asalkan parti yang mereka wakili, menang.

Ada pula yang tak tercalon, amik langkah untuk bertanding bawah tiket bebas.

Motif?

Bagi menampakkan mereka bersungguh-sungguh nak bertanding dan jadi wakil rakyat walaupun undi hanya beberapa ratus sahaja.

Bak kata pengulas politik, mereka bertanding atas kepentingan peribadi bukan parti yang selama ini mereka bernaung.

BN boleh menang dengan memastikan tiada calonnya bertanding menentang satu sama lain.

Tapi, kalau rasa nak berjasa pada negeri mahupun negara. Tak bertanding pun boleh.

Tak semestinya perlukan undian orang lain untuk anda lakukan perubahan.

Jika nawaitu betul-betul ikhlas keranaNya. Apa benda yang anda buat pasti orang akan hargai walaupun tak tahu nama atau pangkat anda.

Balasannya? Tunggu di akhirat kelak.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “PRU13 – Berjasa Pada Rakyat Dan Negara

    1. Nak memang hati rakyat senang je.

      Dekati mereka dan fahami masalah mereka. Bukan suap je apa-apa yang dorang nak. Nanti rakyat muak asik kena suap je…

  1. setuju dgn bro ๐Ÿ™‚ deno mengundi smlm kan, 2 jam berdiri.. hari ni rasa lesu sgt2… nak beritahu sakit nanti tak percaya pula sbb nampak deno mcm org sihat.. tak sempat nak minta surat dgn doktor.. tp seronok dapat pengalaman dan tunaikan tanggungjwb kpd negara ๐Ÿ™‚

  2. assalamualaikum bro…selesai sudah pilihan raya ke 13 ini…moga berjumpa 4 tahun lagi…inshaAllah…;)

Leave a Reply

Top