March 29, 2024

Oh Mak Kau – Karya Sempena Hari Ibu

Oh Mak Kau
Filem OMK atau Oh Mak Kau di terbitkan oleh Star Scope Production merupakan karya sempena hari ibu dan diarahkan oleh Nurul Ain Nordin.

Beliau juga merupakan penulis skrip dan pelakon bagi Filem Oh Mak kau ini.

Oh Mak Kau turut di bintangi oleh pelakon baru dan lama seperti Sepahtu (Jepp dan Shuib), Syamsul Yusof , Abon , Didie Alias , Wan Maimunah dan ramai lagi.
Sepahtu OMK
Filem ini berkisarkan tentang dua beradik, Sam dan Mun yang suka menyamar bermacam-macam gaya dan perkara paling melucukan apabila mereka mengemas tempat tersebut selepas mencuri.

Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka.
OMK Sayangi Mak Anda
Segalanya berubah dengan kedatangan Que, seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que.

Namun Que sebenarnya mempunyai misi tersendiri yang akhirnya menjebakkan kesemua karektor-karektor di dalam filem ini.

Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun.
Sepahtu Kena Tahan OMK
Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka – Lutfan.

Walaupun terselit elemen aksi dalam komedi, filem ini masih bersifat santai yang mana tidak membebankan pemikiran penonton yang sememangnya inginkan hiburan dan mesej ringkas dari sesebuah filem komedi itu.

Filem ini telah pun menemui penonton pada 16 Mei,ia turut menampilkan Wan Maimunah, Yassin Elias, Faiz Raja Lawak, Yank Kassim dan muka baru seperti Aida AF dan Kay AF serta ramai lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Oh Mak Kau – Karya Sempena Hari Ibu

Leave a Reply to Bidadari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *