April 18, 2024

Majlis Perlancaran Al-Quran : Mushaf Furqan Dari PTS

Perlancaran Mushaf Furqan PTS

Baru-baru Bro telah dijemput ke majlis perlancaran Al-Quran : Mushaf Furqan Dari PTS Media Group Sdn. Bhd. bertempat di Mydin Mall, USJ.

Majlis perlancaran ini turut mendapat kerjasama dari Muslimin Department Mydin Hypermarket dan Awin Trading.

Untuk pengetahuan anda,

Mushaf Furqan ini dilengkapi dengan ciri unik dan dilengkapi panduan tajwid yang disediakan di bahagian belakang mushaf.

Dengan saiz yang sederhana optimum, iaitu 5.5”x7.5” menjadikan Al-Quran ini lebih praktikal dan sesuai dibawa ke mana-mana sahaja walaupun ketika kembara. Ciri lain yang ringan dan mudah dibawa menjadikannya teman pelengkap setiap individu.

Selain ciri-ciri fizikalnya yang praktikal, ciri-ciri dalamannya juga diolah dengan teliti bagi menepati keperluan pembaca. Teks ayat Al-Quran ini adalah berdasarkan format mushaf Madinah edisi terbaru. Ia juga turut dilengkapi Asma ul-Husna yang disediakan di bahagian hadapan dan belakang naskhah ini.

Naskhah ini ditampilkan khas dengan empat warna eksklusif seperti oren, hijau, biru, dan merah jambu sebagai seleksi yang menepati warna pilihan tidak mengira jantina.

Susun atur dalamannya juga berkonsepkan batik dan dicetak menggunakan kertas eksklusif khas bagi jaminan kualiti meliputi kandungan dan ciri luaran.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer bin Ali Pengarah Urusan Mydin Mohamed, Prof Emeritus Abdullah Hasan Penasihat Bahsa PTS Media Group Sdn. Bhd dan Encik Arief Hakim Sani Rahmat Pengarah Urusan PTS Media Group Sdn. Bhd.

Anda boleh memiliki Al-Quran : Mushaf Furqan pada harga RM45 (Semenanjung) dan RM48 (Sabah/Sarawak). Tetapi jangan lepaskan perluang untuk memilikinya pada harga RM39.90 hanya di Mydin.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Majlis Perlancaran Al-Quran : Mushaf Furqan Dari PTS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *