You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Luahan Hati Seorang Blogger [Part 35] – Salah Ke Cerita Pasal Anak Dekat Blog

17,425,088 total views, 6,909 views today

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 35] – Salah Ke Cerita Pasal Anak Dekat Blog

Qhaliff Ben AshaariKenapa perlu anda hentam orang yang asik bercerita mengenai anak dia dekat blog.

Bukan dia cerita pasal anak orang lain pun. Anak dia sendiri dan di blog dia sendiri. Bukan suruh orang jaja cerita anak dia dekat blog orang lain.

Pelik.. Pelik….

Isu ini menjadi topik yang ingin Bro kongsikan di blog Bro dibawah kategori “Luahan Hati Seorang Blogger” yang telah memasuki part 35.

Bukan apa, Benda macam ini, patut Bro clearkan.

Risau nanti, batang hidung Bro pun kena sama. Bro juga bakal mempunyai anak nanti, dan mungkin bro akan kongsikan diblog Bro sama seperti Bro ceritakan mengenai kawan blogger, keluarga Bro, aktiviti Bro.

Dah nama pun blog peribadi (bukan blog artis – yang jaja cerita orang lain untuk up trafik walaupun dorang cakap itu blog personal dorang) sure la cerita benda yang ada kaitan dengan Bro.

Bro cerita pasal isteri Bro pun ada orang bantai Bro. Pelik-pelik… Tak kan nak Bro ceritakan pasal Isteri orang lain kot.

Balik pada topik tayang anak dekat blog.

Mungkin korang rasa menyampah bila asik tayang cerita pasal anak je kan.

Siapa suruh korang baca? Ramai je yang nak tahu cerita pasal penjagaan anak. Walaupun tiada tutorial, tetapi boleh la juga dijadikan rujukan.

Dari situ bertukarnya statistik pembaca blog mereka.

Dari yang berumur 18-24 kepada 25 – 32 tahun. Kerana pada fasa ini, ramai yang bertukar status dan mula ingin memiliki cahaya mata.

Tetapi kalau korang sudah berumur 35 tahun tetapi rasa menyampah. Mungkin korang ada masalah hati dan sakit jiwa kot. Atau mungkin anda sendiri tidak mempunyai anak.

Nak memiliki anak, bukannya mudah. Banyak dugaannya.

Ada kenalan Bro, 10 tahun kahwin. Tetapi tiada rezeki lagi. Tapi korang tahu tak apa dugaan yang dia sendiri hadapi untuk memiliki cahaya mata sendiri?

Korang ingat dah kahwin hari ini, tunggu 9 bulan boleh terus dapat anak ke?

Ada je pasangan yang 2-3 tahun berkahwin baru ada rezeki. Bukan sebab masalah kesihatan ke apa. Semua ini kuasa Allah swt.

Jika ada, maka itulah rezeki dariNya. Jika tidak, anggap sahaja ianya dugaan dariNya. Kerana Dia lebih tahu mana yang terbaik buat hambanya.

Tapi ada juga yang cakap,

Buat anak cara haram memang senang (Tau-tau mengandung, tahu-tahu terberanak). Tapi buat cara halal (kahwin) banyak dugaannya sehingga waktu untuk melahirkan.

Setiap sakit yang dirasai sewaktu melahirkan anak, maka gugur segala dosa kecilnya (dosa ibu kepada bayi tersebut) akan gugur. Kerana dia berjihat untuk melahirkan dan menambahkan lagi umat Islam diatas muka bumi ini.

Sebab itu jangan la tanya pada pasangan yang dah lama berkahwin, ada isi ke belum ke? atau tanya soalan bila nak bertiga?

Tak kan nak jawab dengan senyuman dan hati pula terguris dengan pertanyaan tersebut.

Bro sendiri dah merasainya.

Inikan pula mereka yang bertahun-tahun berusaha baru dapat.

~  Aku bersyukur pada mu tuhan… ~

Kredit Gambar : Ben Ashaari & Azfar Roslan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 35] – Salah Ke Cerita Pasal Anak Dekat Blog

  1. betul tu.. bersabarlah, rezeki anak tu akan ada juga… berdoa dan berusaha, insyaAllah.. hehehe ena tengok kwn2 yg baye dengan ena dah ada anak dah.., jeles lak, tapi tak mahu lagi.. kahwin pun dok ag.. XD

  2. cerita tak salah.. maybe dalam kita tak sedar mungkin ada hati yang terasa. nak2 lagi pasangan yang tak di kurniakan cahayamata kan?? mungkin untuk tutup rasa sedih & rendah diri tu dia kata la menyampah sebab asyik cerita pasal anak. kesian jugak dengan orang2 macam ni sebab setiap pasangan yang berkahwinan kebanyakkan inginkan anak tapi bukan semua berpeluang jadi ibubapa. Nak bercerita pasal apapun bagi saya.. berpada pada saja. Bab orang kutuk, keji, hina, caci.. tu benda biasa. kalau kita tak tahan nak terima semua tu, memang kita tak layak jadi blogger kot. Benda normal apa yang kita buat, kita tulis, kita cerita.. kita tak mampu untuk buat semua orang yang membaca tu suka. Walau dia suka dengan blog kita tak semestinya dia akan setuju @ suka dengan semua entri2 kita. perkara tu normal sangat. Jadi blogger bukan hanya dengan 1 entri untuk 1 blog.. jadi bila dah macam2 cerita dalam tu, apa nak pelik macam2 jugak la penerima orang.kalau pun dia suka entri kita semalam.. tak bermakna entri kita hari ni dia suka jugak. walau banyak yang hipokrit yang suka menyokong walhal dia sendiri pun rasa pelik & benci tapi kadang2 sebab kepentingan yang ada pada seseorang tu buat orang lain rasa nak menempel jugak walau sebenarnya dia sendiri pun bosan dengan seseorang tu

    erbaik >>Apa Yang Korang Belum Tahu Pasal Samsung Galaxy S4

  3. Berkongsi kisah anak tidak salah. Setiap blogger akan mengalami satu status transformasi seiring dengan umur dan kemantangan. Apabila cerita mengenai anak sudah tentu akan ada yang membandingkan sama ada seseorang itu mempunyai ciri-ciri keibubapaan. Lebih-lebih lagi mendapat zuriat pada lewat usia.

  4. buat apa pun selagi tak melanggar agama dan adat, tak salah
    nabi dah pesan, bersederhana…ada sebabnya kenapa bersederhana itu perlu menjadi T&C kita dalam apa juga perkara yang dilakukan.

    anak itu dugaan utk ibubapa sebenarnya.. baik dia dugaan, sebaliknya pun dugaan. ujian bagai mana kita luahkan kasih dan sayang.

    bila anak remaja, pun ada ruang lingkup peribadi dia kita perlu jaga , tak boleh dedah sagat sebab dia ada rakan sebaya, ada rasa malu rasa privasi dengan rakan-rakan. yang ni ibu bapa kena fikir.

    anak kecik boleh, bila dah besar..dia malu dan segan hal dia sekedil2 dan sebesarnya didedahkan dalam social media.

    pandangan mak yg ada anak remaja. dan korang pun akan lalui juga nanti, insyaallah.

  5. Akak pun kadang2 cerita jugak pasal anak dalam blog, biasanya kisah suka je buat kenangan.

    Anak itu rezeki anak juga ujian buat kita sebagai ibu bapa. Bagi yang belum ada rezeki bersabarlah, perancangan Allah adalah yg terbaik buat kita.

    bagi org sekeliling pula jagalah mulut jgn sampai mengguris hati org yg kita tanya tak kiralah bab anak ke bab apa sekali pun.

  6. Laaa.. Macam tu pun ada orang bantai.. Lantak dia la nak cerita pasal anak dia kat blog.. Yang membaca tu kalau tak suka takyah la baca.. Bodo btol..

    Aku paling tak suka bila jumpa sedara mara yg asyik tanya wife dah ada isi blom, bila nak ada orang baru dan sebagainya.. Stress kot bila dengar soalan macam tu.. Bila dah stress, nak buat anak pun susah mood tak menentu.. Salah ke kalau dapat anak lambat? Kita berusaha, Allah yang menentukan nak bagi atau tak.. Kalau blom dapat lagi tu maknanya blom tiba masa.. Allah lebih mengetahui bila paling sesuai bagi anak untuk kita.. So, yang takde kaitan tu tak perlu la nak tanya2 bila orang tu nak dapat anak..

    Ehh.. teremosi pulak.. kih3..

  7. assalamualaikum bro…sebenarnya seronok baca cerita tentang budak2 kecik ni memang x habis n macam2 lawaknya…siapa yg x suka x payah la bacakan..:)

  8. walaupun Oshin takde anak lagi dan hanya ada anak tekak dan anak rambut, tak kisah je nak cerita pasal anak tu…anak tu kan anugerah terindah dari Allah. apa salahnya nak bercerita pun.. lagipun seronok ape baca cerita tentang keletah anak-anak terutama yang baby… tengah stress pun boleh tersenyum dan lapang dada…hehe yang mengutuk tu bukalah hati dan minda..takut nanti bila ada anak, awak tu yang paling hebat canang sana sini perihal anak sendiri.. opssss

  9. Dieorang yang tak suka blog pasal anak sebenarnye boleh je buat pilihan untuk tak baca dah blog tu. tapi rata-rata lebih suke kondem. sebab apa? sebab hati tak bersih.

Leave a Reply

Top