March 29, 2024

Kawan Terbaik Adalah Kawan Yang Paling Sukar Dipercayai

20130526-115304.jpg
Terus terang aku katakan,

Ini merupakan kali pertama dalam hidupku, aku tak akan percaya dengan rakan sekeliling aku terutama mereka yang paling rapat dengan aku.

Tak sangka, plan yang aku saja-saja create untuk mengurangkan tekanan hidup bersama isteri. Rupa-rupanya disalah gunakan oleh mereka untuk mengenakan aku.

Dari msg yang aku terima dari Setiausaha penuh dengan bau-bau yang mampu buat aku tertanya-tanya. Bijak sungguh dia susun ayat (itupun lepas aku baca balik msj-msj dia yang sebelum ini.)

Aku pandang isteri, dengan muka xde perasaan (baru balik kerja shift malam) dia punya semangat bersiap-siap nak keluar date dan jumpa member yang lain.

Kalau ikutkan perancangan awal, nak lepak dekat Tasik Shah Alam je, dekat je dari Shah Alam ikut Guthrie.

Tetapi dipindahkan ke WangsaWalk atas alasan dekat dengan rumah mamat yang asik terlupa pasal kopi “goncang” premium.

Minah 2 orang yang plan nak buat ladies day out pula nak ke Wangsa Walk sebab nak shopping. (Pelik….!!! Gaji korang mana ada masuk lagi kan)

Sampai ke Wangsa Walk. Boleh pula dapat msj yang dorang nak pergi melalak dulu. OK, pandang langit. Oh, belum nak mendung lagi. Nampak sangat dorang belum karok lagi tue.

“Ok Bro, jumpa dekat bilik *** tau” msj terakhir dari dorang.

Ini bikin wa lagi musyikil. Bilik *** bukan bilik besar ke? Kalau takat nak karok 4 orang, bilik kecik pun boleh.

Maybe si mamat kopi tertinggal tue ada sama kot. (salah aku juga, awat tak msj mamat tue).

Masuk je bilik yang dorang tempah. Wowwwww…..!!! Ramai la pulak kumbang yang hadir. Bunga-bunga pula semuanya ayu-ayu belaka. Pelik tapi benar.
jejaka kopi dan gadis setiausaha
Aku siap boleh bahan mamat kopi dan gadis setiausaha,

Pemilihan lagu, tema dan warna yang tepat. Suara dan niat keluar dari hati sanubari.

Good luck, jumpa di peringkat seterusnya. Saya aim anda difinal nanti

~ komen juri karok ~

Apa-apa pun terima kasih dengan surprise korang walaupun teknik blackout gagal.

Tertiba tengah karok, lagu bertukar jadi lagu buzday siap ada orang bawa kek masuk lagi dalam bilik.

Sorry beb, aku yang korang nampak keras dan ganas ini. Meleleh juga air mata, walaupun ikut hati nak buat macam xde pe2 yang berlaku.

Tapi hati aku memang tersentuh dengan apa yang korang buat.

Aku pandang muka sorang-sorang bukan sebab aku tak percaya dengan korang. Tetapi aku nak tatap muka-muka yang aku perlu ingat sampai aku mati nanti.

Aku tak nak apa yang terjadi pada arwah rakan aku jadi kepada aku. Hanya beberapa rakan sahaja yang masih dia ingat muka dan nama. Al-fatihah buat arwah Jejai.

Aku sebelum ini pernah hilang rakan baik.

Tapi kehilangan mereka digantikan oleh rakan-rakan yang sebenarnya hampir dengan aku.

Terima kasih untuk surprise hari ini, terima kasih juga buat isteri ku juga. Nampak senyuman penuh makna pada wajah mereka…

Masih xnampak kelibat telur, tepung dan kunyit walaupun muka sorang-sorang aku sedikit pun tak percaya. Tetapi korang semua buat hari Bro yang terindah.

Ini kali ke-3 kot Bro sambut buzday dalam hidup ini. Dan korang tunggu je la nanti ek he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

42 thoughts on “Kawan Terbaik Adalah Kawan Yang Paling Sukar Dipercayai

  1. Waaah, best3. Memang tau plan nie tapi sayang tak dapat nak join . Happy Beleted besday n moga bahagia selalu dan diberi kesihatan yang baik . Amin.

  2. Salam,

    Heeee lawak pulak baca, happy belated besday Bro, moga panjang umur murah rezeki, amin…

    muka Bro dengan Cik Bini ada iras lah, tak sabar nak tgk Bro Junior pulak :D

  3. Sy hanya mengikut perancangan mereka…kebetulan semalam mmg takde apa2 aktiviti..sy pun join la sekali..
    Tepung + telur…tak mungkin la akan buat kan..lagipun tempat awam kan bro…tapi sampai nak balik masih syak kami semua ada plan something…semua muka pandai berlakon…heee…tapi takde la nak buat mcm tu…:)

    P.S – Al-Fatihah utk arwah jejai…

    1. Mana la tahu kot2 korang ada plan nak bawa bro g tempat lain kan. Apa2 pun boleh berlaku, tgk muka masing2 pun susah nak dipercayaai he..23x

      Apa2 pun thank ek beb

  4. Selamat hari lahir bro…aku x bersalah dalam hal ni ok hahaha..xde niat nak mandikan ko tepung smlm, niat kecil tu ada la…wakaka

    APa2 pun sedap bro nyayi semalam..:P

    AL-Fatihah Arwah Je jai

  5. tahniah untuk iera n the geng..akhirnya menjadi gak plan korang semua! tak ada rezeki dkna join suprise untuk bro..

    semoga bro panjang usia :)

  6. la hari jadi bro ke. selamat hari jadi bro. sori lambat wish hehe.. untung ada kawan-kawan sudi sambut hari jadi dan buat surprise dekat kita.. :)

Leave a Reply to Faizal Fredley Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *