Bro, Nampak Motor Gua? Sorry la Beb, Bro mana tahu motor lu ada mana.
Ini merupakan tajuk Filem kedua arahan Ajiboy yang membariskan Along Raja Lawak bersama barisan pelakon di bawah MIG Talent, Mon Ryanti, Along Eyzendy dan Shahfiez.
Tajuk filem ini agak berhantu pada Bro.
Bila orang kanan Mejar David Teo, En. Azahari cakap “Bro, ini filem khas untuk kau” selepas habis pratonton tempoh hari.
Masih kekal dengan filem komedi,
Bro, Nampak Motor Gua adalah idea asal Hashim bersama rakannya tetapi menyerahkannya kepada Ajiboy kerana beranggapan dia lebih sesuai menangani filem yang mempunyai jalan cerita seperti itu.
Sinopsis Bro, Nampak Motor Gua
Ianya mengisahkan Epol yang mencari motor dari hasil simpanannya selama ini yang hilang. Semuanya atas kecuaiannya sewaktu menunjuk-nunjuk motor barunya pada orang lain.
Maka dari situ bermulanya pengembaraannya sendiri untuk mendapatkan motosikalnya kembali. Motorsikalnya telah dicuri oleh dua orang pencuri dan dalam masa yang sama, Epol terjumpa Azura yang beg tangannya dicuri oleh pencuri yang sama.
Malang bagi Azura, dalam beg tangannya mengandungi pendrive penting bagi Tan Sri Bakhir, seorang ahli perniagaan yang kaya.
Tan Sri Bakhir telah menawarkan sejumlah RM50, 000 kepada Epol jika dia berjaya dapatkan semula pendrive itu. Maka bermulanya pengembaraan Epol bersama Azura yang diselangi dengan babak yang mampu buat anda ketawa.
Dan berputik cinta antara Epol dan juga Azura.
Apa yang terjadi pada mereka berdua. Adakah Epol berjaya mendapatkan semula motornya yang dicuri.
Jom sama-sama kita saksikan dipawagam berhampiran anda bermula 30 Mei 2013.
Tengok tajuk filem ni teringat cerita omputih yang tajuk dia lebih kurang.. “Dude, Where’s My Car”.. tapi yg cerita omputih tu kereta dia yg hilang, dan byk babak censored punya.. Huhu..
He..23x yang ini pasal motor dan xde babak censored. Ok, nak pergi download la cerita tue
Assalamualaikum.. makin laku movie melayu skrg..bagus2 :)
harapnya macam tue la…. movie melayu sekarang nie ikut musim gak
suka jalan cerita nie menarik…..
waaaa… nak tengoklah filem nih.
Wowww,… hilang mana bro motor lu … :)
Entah…!! Tadi wa parking sini.. posing punya posing tau2 dah xde dah…
menarik mesti serbu pawagan nampaknya bila pula premier film ini
macam best je nak layan movie ni…tengok survey2 lagi nak layan movie apa kat wayang sekarang ni..:D
Lakonan Mon Ryanti masih tahap biasa jeee
baru tengok the making ari tu. nampak macam bes. selalu ada along mesti ada angah. ni takda la hehe