March 19, 2024

Bro, Nampak Motor Gua

Bro, Mana Motor Gua

Bro, Nampak Motor Gua? Sorry la Beb, Bro mana tahu motor lu ada mana.

Ini merupakan tajuk Filem kedua arahan Ajiboy yang membariskan Along Raja Lawak bersama barisan pelakon di bawah MIG Talent, Mon Ryanti, Along Eyzendy dan Shahfiez.

Tajuk filem ini agak berhantu pada Bro.

Bila orang kanan Mejar David Teo, En. Azahari cakap “Bro, ini filem khas untuk kau” selepas habis pratonton tempoh hari.

Bro nampak motor gua

Masih kekal dengan filem komedi,

Bro, Nampak Motor Gua adalah idea asal Hashim bersama rakannya tetapi menyerahkannya kepada Ajiboy kerana beranggapan dia lebih sesuai menangani filem yang mempunyai jalan cerita seperti itu.

Sinopsis Bro, Nampak Motor Gua

Ianya mengisahkan Epol yang mencari motor dari hasil simpanannya selama ini yang hilang. Semuanya atas kecuaiannya sewaktu menunjuk-nunjuk motor barunya pada orang lain.

Maka dari situ bermulanya pengembaraannya sendiri untuk mendapatkan motosikalnya kembali. Motorsikalnya telah dicuri oleh dua orang pencuri dan dalam masa yang sama, Epol terjumpa Azura yang beg tangannya dicuri oleh pencuri yang sama.

bro mana nampak motor mu

Malang bagi Azura, dalam beg tangannya mengandungi pendrive penting bagi Tan Sri Bakhir, seorang ahli perniagaan yang kaya.

Tan Sri Bakhir telah menawarkan sejumlah RM50, 000 kepada Epol jika dia berjaya dapatkan semula pendrive itu. Maka bermulanya pengembaraan Epol bersama Azura yang diselangi dengan babak yang mampu buat anda ketawa.

Dan berputik cinta antara Epol dan juga Azura.

Bro nampak awek gua

Apa yang terjadi pada mereka berdua. Adakah Epol berjaya mendapatkan semula motornya yang dicuri.

Jom sama-sama kita saksikan dipawagam berhampiran anda bermula 30 Mei 2013.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Bro, Nampak Motor Gua

  1. Tengok tajuk filem ni teringat cerita omputih yang tajuk dia lebih kurang.. “Dude, Where’s My Car”.. tapi yg cerita omputih tu kereta dia yg hilang, dan byk babak censored punya.. Huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *