April 19, 2024

Blogger Perlu Memiliki Name Card Sendiri

Namecard Blogger Advertorial
Blogger perlu memiliki name card mereka sendiri.

Kenapa? Saya blogger biasa bukan retis pun. Tak perlu nak ada name card macam korang.

Ayat sarkatik yang selalu Bro dengar dari blogger yang tak berani melakukan perubahan atau menaikan nama mereka sendiri.

Tetapi dok tanya Bro bagaimana nak jana pendapatan dari blog macam Bro dan rakan-rakan blogger yang lain. Sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja dan menjadikan blogging sebagai kerjaya mereka.

Senang je,

Ada name card lagi mudah orang lain kenal anda dan akan hubungi anda. Ia menampakkan professional anda sebagai seorang blogger.

Sepanjang Bro mempunyai name card, alhamdulillah rezeki makin murah. Setiap event yang Bro pergi, Bro akan tinggalkan name card Bro. Setiap orang yang Bro jumpa, Bro hulur name card.

Kesannya,

Sampai la nie, masih ada yang menghubungi Bro melalui email mahupun telefon walaupun sudah 2 tahun name card tersebut Bro berikan kepada mereka.

Jemputan, Advertorial (sponsor post) dan projek Bro terima.

Alhamdulillah, murah rezeki Bro.

Disini Bro kongsikan beberapa design name card rakan blogger yang Bro kenali.

Rabiatul Adawiyah Ruby Namecard Blogger

Ruby.my

Hafiz Rahim Namecard Blogger

Hafiz Rahim

Kalau rasa nak order name card boleh hubungi Haru Elie di facebook. Harga yang beliau tawarkan termasuk design agak menarik.

Tapi kalau anda fikir jangka panjang, order terus 10 kotak. Memang nampak macam banyak, tapi kalau ikutkan, sebenarnya sikit je 10 kotak tue.

Kalau korang order, jangan lupa mention nama Bro Framestone. Kot-kot dapat special prize, jangan pula mention Bro Framestone yang belanja korang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

45 thoughts on “Blogger Perlu Memiliki Name Card Sendiri

  1. Name card penting bagi memperkenalkan diri kita sendiri kerana ia merupakan prospek punca pendapatan dan orang akan mudah kenal kita dengan cara ini…

  2. Assalamualaikum bro. insyallah. sheila akan cuba buat name card dalam masa terdekat ni. yehaaa. agak malu gak bila pergi event2 orang tanya name card. perhhhh ibarat penumbuk melayang sebijik. kihkih ;p

    1. kahkahkah….amboi kid……menyakat….yer..?
      cuba imbas kenangan first time jumpa kat klcc tu..
      dia pun suruh panggil apa…?
      “abang syam…”
      yer…baik abam…….

  3. ida baru je buat kad tuk biss coklat. kalau tau tempah tuk blogger sekali. hahaahaha.. *malunakbuatkadblogger-bloggersuamsuamkukujeniii*

  4. Betul tu bro, saya setuju. Memang kita sebagai blogger perlu ada namecard untuk menaikkan kredibiliti. Hehe biar orang nampak blogger Malaysia ni gah gah bukan yang cikai cikai punya.

    Bayangkan kalau 100 orang pegang namecard kita, mesti cepat dikenali punya la. :D

Leave a Reply to Bidadari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *