April 26, 2024

Villa Untuk Berbulan Madu Di Felda Residence Hot Springs, Sungkai

Villa Felda Residence Hot Spring
Ingin mencari tempat menarik untuk berbulan madu?

Apa kata anda mencuba penginapan berbentuk villa di Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.

Lokasi hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, mahupun dari Ipoh. Jauh dari kesibukan kota raya dan mampu memberi ketenangan dan kedamaian kepada anda sekeluarga.

Disini Bro kongsikan villa penginapan Bro bersama keluarga (Alang-alang amik Villa, tak kan nak duduk berdua je kan).
Ruang Tamu Villa
Ini rupa ruang tamu yang disediakan dalam villa ini. Amat luas, kalau nak main kejar-kejar pun boleh.

Malang bagi Bro, kalau Bro book awal, mungkin boleh dapat villa di mana pada ruang tamunya terdapat jacuzzi.

Mungkin boleh berendam dalam jacuzzi sambil menonton TV.
Private Jacuzzi Hot Spring Sungkai
Apa yang menariknya Jacuzzi disini?

Airnya panas dipam dari sumber air panas semula jadi yang terdapat disini.

Ianya berdekatan dengan kolam air panas Felda Residence Hot Springs yang merupakan salah satu lokasi kolam air panas di Malaysia.

Santai Bro Framestone

Sewaktu mereka menikmati Jacuzzi.

Bro memilih untuk bersantai. Dapat juga curi masa untuk berehat dan tenangkan minda.

Bukan selalu dapat curi masa-masa sebegini untuk berehat sambil menikmati pemandangan di halanman belakang (jacuzzi dekat villa ini ada dihalaman belakang – kiri kanan bertembok, jangan risau)

Ruang Dapur Villa

Di villa ini anda dibenarkan untuk menggunakan ruang dapur untuk memasak.

Malangnya bahan untuk dimasak tidak disediakan (ada ke tempat yang sediakan?) anda perlu bawa sendiri atau pergi ke pekan berhampiran :)

Tetapi ruang dapur ini agak luas (kalau nak masak berjemaah pun boleh).

Cuma untuk BBQ tak dibenarkan dibuat dalam kawasan Villa. Tetapi pihak pengurusan tempat ini ada menyediakan lokasi sesuai untuk buat BBQ betul2 berdekatan dengan taman dan tasik.

Bilik Tidur Villa

Bilik Tidur

Ini merupakan master bedroom di villa tempat kami sekeluarga menginap. Terdapat 3 bilik tidur disediakan di villa ini.

Nampak romantik saja suasananya.

Harga_Penginapan_Felda_Residence_Hot_Spring_SungkaiTerdapat beberapa pakej villa untuk anda pilih.

Dari Villa 1 – satu bilik, Villa 2 – dua bilik dan Villa 3 – tiga bilik (villa yang Bro ambil).

Tips yang boleh Bro cadangkan. Elok ambil pada hari biasa dan bukan pada cuti sekolah.

Harganya lebih murah.

Jika nak murah lagi, kena book awal dan cuba elakkan dari walk-in.

Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah
Sungkai 36000
Perak, Malaysia

Phone Number: 60 3 2698 3833
Fax Number: 60 3 2693 5104

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan disini, anda boleh hubungi no diatas atau lawati www.feldatravel.com.my & www.feldaresidencehotsprings-perak.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Villa Untuk Berbulan Madu Di Felda Residence Hot Springs, Sungkai

  1. assalamualaikum bro….wah nampak best la tempatnya kalau nak bercuti nanti boleh la buat tempahan…;)

Leave a Reply to fyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *