iPhone 5

Pada manusia yang suka bertukar telefon (terutamanya telefon pintar – smart phone) seperti Bro.

Selalu mempunyai masalah untuk backup no telefon dari telefon lama dan dipindahkan ke smart phone yang baru.

Terdapat juga masalah jika no disimpan didalam sim kad. Hanya no telefon sahaja disimpan, tidak disertakan maklumat lain seperti email atau facebook mereka.

Maka, Bro selalu gunakan “Google contacts”  dimana no telefon yang Bro save pada smartphone akan automatik save dalam akaun Google. Ianya boleh di access terus melalui smartphone Bro yang lain (android & iPhone).

Hanya perlu save pada satu phone dan semua data dapat dikongsikan pada smartphone Bro yang lain.

iphone-4-malaysia

Kali ini, Bro nak kongsikan bagaimana caranya untuk sync “Google contacts” dengan peranti Apple iOS  (seperti : iPhone, iPad, iPod touch).

Bro cadangkan anda menggunakan CardDAV, dimana ianya merupakan “Internet open standard”.

Bila anda sync “Google contacts” anda menggunakan CardDAV, anda boleh mengubah, menambah dan membuang contact dari peranti anda dan mengekalkan inya sync dimana sahaja anda menggunakannya.

Peringatan : Sync melalui CardDAV hanya terdapat pada SSL  untuk peranti Apple yang menggunakan iOS versi 5.0 dan ke atas.

Panduan sync contact anda pada peranti:

  1. Buka aplikasi Settings pada peranti anda.
  2. Pilih Mail, Contacts, Calendars.
  3. Pilih Add Account…
  4. Pilih Other
  5. Piliht Add CardDAV Account
  6. Masukan informasi akaun anda seperti dibawah:
    • Server: Masukan “google.com”
    • User Name: Masukan email akaun Google anda atau Google Apps.
    • Password: Kata laluan akaun Google anda atau Google Apps.
    • Description: Letakkan penerangan mengenai akaun ini (contoh – Personal Contacts).
  7. Pilih Next.
  8. Pastikan fungsi “Contacts” adalah ON.

Selepasa anda siap, buka aplikasi Contacts pada peranti anda dan ianya akan sync secara automatik.

Tetapkan “Google contacts” sebagai akaun default anda

Jika anda menggunakan iCloud, yang sedang sync contacts dari akaun lain atau mempunyai contact yang tersimpan pada peranti anda.

Anda hanya perlu pilih “Default Account”.

Info lanjut dari sumber rujukan.

Bicara Bro : Sorry tak pandai nak share tip yang menarik. Banyak yang perlu dipelajari.