April 26, 2024

Tahniah..!! Malaysia Menang Axiata Cup 2013

Team Malaysia Axiata Cup 2013
Tahniah

Akhirnya skuad badminton negara muncul juara Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 apabila menundukkan Thailand 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

Tak sia-sia dapat menyaksikan perlawan akhir ini secara langsung di stadium.

Skuad negara selaku juara berjaya membawa pulang hadiah wang wang tunai AS$400,000 (RM1.2 juta) dengan trofi kejuaraan, manakala Thailand yang meraih tempat kedua menerima AS$200,000 (RM608,500)

tiket Axiata Cup 2013Pada perlawan akhir ini,

Skuad negara ketinggalan 0-1 apabila perseorangan wanita, Sonia Cheah Su Ya tewas 16-21, 17-21 kepada pemain No.8 dunia, Ratchanok Intanon pada perlawanan pertama.

Begitupun, Malaysia kembali menyamakan kedudukan menerusi gandingan mantap beregu campuran No 5 dunia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengalahkan Prapakamol-Thoungthongkam (No. 6 dunia) 21-16, 21-12.

Chong Wei yang tampil dalam perseorangan lelaki, menyumbangkan mata kedua negara apabila menewaskan pemain No. 25 dunia, Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-18.

Kemenangan Malaysia disahkan oleh beregu utama negara, Tan Boon Heong-Koo Kien Keat yang menewaskan Boonsak Ponsana-Songphon Anugritayawon 21-10, 21-17.

Tahniah buat pasukan negara.

Penyokong Axiata Cup 2013

Ini merupakan kali pertama menonton perlawanan badminton dekat stadium. Sesak..!! Dah la gelangang kecik je dekat tengah-tengah.

Siapa dok atas tak puas tengok, puas sorak je.

Puas lagi dok depan tv, siap ada HD lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Tahniah..!! Malaysia Menang Axiata Cup 2013

Leave a Reply to Aku Penghibur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *