April 20, 2024

Seminar Buat Duit Dengan Blog – Akademi Denaihati

Seminar Buat Duit Dengan Blog - Akademi DenaihatiAkademi Denaihati dibawah Denaihati Network bakal mengadakan Seminar Buat Duit Dengan Blog yang akan menampilkan beberapa orang blogger yang telah berjaya menjana pendapatan melalui blog.

Malangnya,

Bukan Bro yang jadi panel yang akan berkongsikan pengalaman buat duit dengan blog. Bro hanya sebagai peserta sahaja (sama seperti anda juga).

Pada seminar ini, ianya akan memberi ruang untuk anda mempelajari atau memantapkan blog anda.

Terdapat sesi perkongsian pengalaman dari para blogger yang telah menjana pendapatan dengan teknik yang berbeza-beza.

Seminar Buat Duit dengan Blog (SBDDB) akan diadakan pada 4 Mei 2013 (Sabtu), jam 8 pagi – 1.30 petang di Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

Sesi seminar yang berkonsepkan forum ini membolehkan peserta untuk bertanya dan berbincang dengan para panel yang terdiri daripada Top Blogger Malaysia (Siapa mereka? Bro sendiri pun tak tahu lagi).

Yuran penyertaan adalah RM50 seorang untuk pendaftaran awal (sehingga 15 April 2013) atau RM100 seorang untuk pendaftaran selepas 15 April 2013.

Tempat terhad dan ianya juga dibuka kepada mereka yang bukan blogger (dengan erti kata lain – tiada blog)

Anda boleh daftarkan penyertaan anda di Akademi Denaihati (Cepat selagi tawaran masih ada)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Seminar Buat Duit Dengan Blog – Akademi Denaihati

Leave a Reply to fyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *