Percayalah pada kemampuan diri sendiri.
Kenapa perlu ragu-ragu jika kita sendiri tahu bahawa kita mampu buat lebih dari apa yang kita boleh buat sekarang.
Kenapa anda sentiasa mencari alasan merendahkan kemampuan diri anda sendiri.
Tak salah untuk merendahkan diri (supaya tidak menimbulkan riak) tetapi tak salah juga menonjolkan kemampuan diri sendiri bagi membezakan anda dengan orang lain (bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk).
Sebab dalam kehidupan kita, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.
Jika anda percaya pada diri sendiri.
Maka anda sendiri boleh percaya bahawa orang lain juga percaya pada diri anda.
Tak perlu malu, tak perlu takut, tak perlu gentar…
Kita boleh melakukannya, jangan cari alasan bahawa anda tidak boleh melakukannya tanpa berusaha untuk melakukannya.
“1.000 orang tidak percaya pada kemampuan kita itu tidak jadi masalah, tetapi kalau kita tidak percaya pada kemampuan diri kita, itu baru BENCANA.”
– Andrie Wongso –
Setuju.. Motivasi buat diri Nurul..
Bagus Nurul.. Percaya dengan diri sendiri. jangan tengok angka pada penimbang berat
Betul Bro…
Kita kena percaya pada diri..
Kalau kita sendiri tak percaya pada kemampuandiri dah macam mana nye pulak kan…
selalu percaya pada diri sendiri dan tak suka orang merendahkan diri kita..terasa down tapi lepas tu kena buktikan…i can do it…
definitely true..
jangan mudah putus asa dan percaya akan kemampuan diri sendiri :)
this motivates me today.
Isi minyak, jom terus jalan :-)
betul tue bro. kita kena percaya dengan kebolehan kita. ^_^
kita mmg kena sentiasa yakin dan percaya pada diri…:D
assalamualaikum bro…betul tu kena tanamkan perasaan yakin terhadap diri sendiri kalau mahu berjaya…;)
betul. jangan percaya kat orang lain. orang lain tak best. haha..