You are here
Home > Travel Blog > Muzium Samudera Melaka

17,443,757 total views, 2,968 views today

Muzium Samudera Melaka

Muzium Samudera Melaka
Muzium Samudera merupakan replika kepada kapal Portugis – Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990.

Terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka.

Ianya telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994 dan berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.

Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur.

Dipaparkan juga perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.

Tiket masuk :-
– Dewasa: RM 3.00
– Kanak-kanak/Pelajar:RM 1.00

Waktu Operasi :-
Isnin hingga Khamis 9.00 pagi – 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad 9.00 pagi – 9.00 malam
Tutup: Hari Raya Pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:

Kurator Kompleks Muzium Maritim Perbadanan Muzium Melaka
Tel: 06-2830926

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

12 thoughts on “Muzium Samudera Melaka

Leave a Reply

Top