March 29, 2024

Mencari Cinta Bukan Filem Lucah

Mencari Cinta Nora Danish Rusdy Ramli
Filem ‘Mencari Cinta’ bukannya filem berbau lucah.

Filem yang merupakan buah tangan sulung Shirin Haji Khuzaimi telah menjadi buah mulut orang ramai kerana babak aksi ranjang antara teraju utama filem tersebut, Nora Danish dan Rusdi Ramli yang dikutuk hebat.

Mencari Cinta dikaitkan sebagai sebuah filem dengan paparan seksual ‘panas’ setelah sedutan aksi berahi dalam filem ini dimuat naik ke laman YouTube

Shirin turut melahirkan rasa terkilannya dengan sikap masyarakat yang membuat kesimpulan sebelum menonton filem itu terlebih dahulu.

Adegan tersebut merupakan sebahagian sahaja dari keseluruhan perjalanan cerita yang telah disusun rapi.

Adegan tersebut merupakan salah satu babak sepasang suami isteri berborak di atas katil namun masyarakat sudah membuat andaian mereka tersendiri hanya dengan menonton treler.
Mencari Cinta Rusdy Ramli
Pada Bro Filem ini tidak mengandungi aksi terlampau.

Babak diatas katil seperti yang kita lihat didalam video trailer hanyalah babak bersembang sepasang suami isteri tanpa melakukan aksi seks atau lucah.

Jalan cerita filem ini dari mula berkaitan dengan pasangan suami isteri yang datang dari dua dunia yang berbeza telah dikahwinkan atas pilihan keluarga setelah masing-masing dikecewakan.

Dari niat hanya ingin menjaga hati kedua ibu bapa terus timbulnya perasaan cinta dan sayang kepada pasangan ini selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Mencari Cinta Orang Ketiga
Atas perasaan Ego, banyak konflik berlaku pada awal cerita ini. Sehinggakan ikatan percintaan mereka goyah kerana orang ketiga yang berniat untuk menghancurkan keluarga yang baru dibina.

Apa yang Bro boleh katakan,

Anda tengok filem ini dan ambil beberapa point penting sebagai pengajaran bagi mereka yang telah atau akan berumah tangga (walaupun jalan cerita ini tak best)

Jom layan Trailer Mencari Cinta

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Mencari Cinta Bukan Filem Lucah

  1. Matlamat tidak menghalalkan cara Bro…

    Bila islam kata haram maka ia tetap haram walau apa pun niat dia…

    2 pelakon islam yg bukan suami isteri di dunia nyata buat adegan begitu. tak salah kalau org perbesarkan.

    nak buat scene suami isteri bersembang tak semestinya atas katil dan buka baju segala. rapat2 atara lelaki dan perempuan bukan mahram…

    apa2pun Hukum agama perlu diutamakan….

    Buang yg keruh ambil yg jernih….

  2. under age sesuai ke tengok citer nie….kekadang media massa memainkan peranan dalam mempopularkan adegan dalam sesuatu cerita dalam filem….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *