You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Luahan Hati Seorang Blogger [Part 34] – Rakan Blogger Yang Kita Suka

17,446,085 total views, 5,296 views today

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 34] – Rakan Blogger Yang Kita Suka

friendship blogger never end

Luahan hati seorang blogger sudah memasuki bahagian ke-34

Kali ini topik “Rakan Blogger Yang Kita Suka” menjadi pilihan untuk Bro kongsikan di blog ini.

Bro mula berblog pada tahun 2006 sehingga sekarang (dah berapa lama ek? Malas nak kira) Dalam tempoh masa ini ramai blogger yang Bro kenali.

Ada yang masih lagi berblog.

Ada yang dah stop berblog.

Ada yang sudah berkahwin,

Ada yang sudah mempunyai anak

Ada yang sudah berkerjaya dan menjadi orang penting.

Ada juga yang telah pergi menghadapNya – Al-fatihah.

Dalam keseronokan kita berblog, ada kalanya kita juga bermuram duka. Mood down mengalahkan orang yang datang bulan ataupun yang frust menongeng.

Tetapi rakan-rakan blogger ini juga kenkadang yang upkan semangat kita untuk berblog dan bersosial dengan mereka tak kisah di blog, facebook, twitter atau sebagainya.

Ianya terletak pada diri kita sendiri bagaimana untuk menerima mereka dalam hidup kita.

Ada yang bercinta dengan blogger, ada yang berkahwin dengan blogger, ada yang buat business dengan rakan blogger, ada yang berkongsi hobi outdoor dengan rakan blogger.

Dan ada juga yang bermusuhan sesama blogger. Perlu ke?

Dalam tempoh masa bro berblog. Ada seorang rakan blogger (pada Bro dan mungkin anda juga) yang terlalu baik dan menjadi peransang kepada blogger-blogger yang lain.

Dulu teringat beberapa perbualan dengannya yang mampu buat Bro menangis bila mengenangnya

“Bro, kau nak join tak event ini. Kalau nak, aku adjust nama kau”

“Bro, kau ada tahu mana-mana lubang yang kita boleh tolong blogger melayu yang lain”

“Bro, angkat tepon kau. Ada benda aku nak bincang dengan kau nie” <- perbualan sms

“Bro, aku ada plan nak buat business nak bantu orang kita dan blogger-blogger melayu”

“Bro, kau dengan mek ija apa cerita”

“Bro, jika ada benda-benda yang comel kau tak nak, kau bagi aku. Anak aku suka benda-benda macam ini”

“Bro, kau nak tengok bola tak malam ini. Aku ada tiket lebih. Karang jumpa dekat Masjid Jamek”

“Bro, aku rasa budak ini sesuai dengan kau. Kahwin kau nanti jangan lupa ajak aku”

“Bro, sorry aku tak dapat nak datang majlis kau. Aku balik kampung, adik ipar ada kenduri”

“Bro, aku tengah layan roti canai. Masih kerja lagi. Tapi aku ada fikir nak bagitau bos yang aku nak berhenti kerja.

“Bro, tahniah”

Selepas itu, beliau senyap menyepi sehinggakan kali terakhir Bro berjumpanya.

jejai teratakarmo ssb2013 denaihati

Dia tersenyum, “Kau siapa, muka macam kenal”

“Kau ke yang masak ini, sedap”

……………

……………….

…………………..

Al-fatihah buat arwah Jejai.

Ada sesuatu pada arwah yang susah Bro nak jumpa. Mungkin anda juga.

Jika Bro tiada nanti, ada tak blogger yang mampu teruskan niat murni arwah jejai untuk pastikan blogger Melayu mampu berdiri atas kaki sendiri.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

26 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 34] – Rakan Blogger Yang Kita Suka

  1. tu la mcm2 ragam blogger ni kan.. sy pn start berblog dr thn 2008 tp xlah sehebat bro dlm blogging coz blog sy simple2 jerk.. pape pn dr blog mcm2 yg blh dpt info, eratkan silaturahim, & dpt belajar sesuatu..
    Selamanya kite berblogging ^^

  2. Macam-macam ragam juga saya jumpa sejak berblogging dari 2007,dari mula-mula nak naik sampai la pada tahap sekarang ni,yang baik kita ambil buat teladan,yang buruk tu tolak tepi,Al-fatihah buat Jejai

  3. pepagi blogwalking, dan baca entri yang menyentuh hati seperti ini. rasa sayu dan alfatihah buat arwah. Teman yang baik, ada kalanya bukanlah yang selalu kita temui atau sentiasa disisi, teman yang baik seperti beliau memang sukar dicari ganti..

  4. apa yg unik pasal bloggers?
    walaupun baru first time jumpa, we’ll act macam dah lama kenal
    sembang dan gelak tak berhenti
    dan kita tamatkan pertemuan pertama dgn friendship
    keep in touch di alam maya dan kdg2 jumpa lg di next event
    camtu lah cycle hidup kita

    al-fatihah utk arwah jejai

Leave a Reply

Top