You are here
Home > X Masak-memasak bersama Chef BroF > Kue Teow Kerang Resepi Mat Gebu

17,454,181 total views, 6,650 views today

Kue Teow Kerang Resepi Mat Gebu

Kue Teow Kerang bukannya kegemaran Bro tetapi kegemaran isteri Bro.

Sekali rakan blogger masakan – Mat Gebu kongsikan gambar masakannya, Kue Teow Kerang di facebook Bro.

Mahu mencabar nafsu makan Bro apatah lagi nafsu si isteri yang sedang dalam fasa mengidam.

Maka tergerak hati nak kongsikan resepi Kue Teow Kerang dengan pembaca blog ini.

Bukan sekadar rujukan korang bahkan ianya menjadi rujukan Bro yang sejak kebelakangan ini lebih rajin memasak berbanding puan isteri.

Bagi orang yang Epic dalam dunia masakan, hanya perlu lemparkan bahan-bahan mengikut selera tekak sendiri.

Ini panduan menyediakan Kue Teow Kerang (copy bulat-bulat dari Mat Gebu)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan masak sekejap. Masukkan kerang dan fishcake. Tambah kicap manis dan kicap pekat. Tuang sedikit air, kacau rata.
  2. Masukkan kue teow, kacau rata, tambah sos ikan secukup rasa (anda rasa dulu, kalau sudah terasan masin, ta perlu letak sos ikan). Tambah kucai dan taugeh, gaul rata2 dan masak sekejap. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.

Nak sedap,

Makan sekali dengan cili jeruk.

Tapi disebabkan hari ini hari Rabu, baik Bro beli dekat pasar malam tempat Bro. Lepas tue mengaku dengan puan isteri yang Kue Teow Kerang ini Bro yang masak.

Peace sayangku.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

21 thoughts on “Kue Teow Kerang Resepi Mat Gebu

  1. Hohohohoho…pandaiiiii yer. Berlakon masak yer…. Baik terus bertandang ke Sedenak jer Bro. Orang mengidam nie, kalau dia nak makan yang Mat Gebu buat, bro buat pun dia tak puas tau. Kalau dia nak masak kari kepala ikan line clear kat Penang, Kg Pandan punya tak jalan tau… Hehehehehhe

Leave a Reply

Top