March 29, 2024

Iron Man 3 – Bersama Advertlets Bloggers

Iron man 3 advertlets event

Akhirnya dapat juga meluangkan masa menonton Filem Iron Man 3 (3D punya) bersama rakan blogger Advertlets di GSC One Utama.

Satu hall ditempah untuk event ini yang terdiri dari Blogger, klient dan rakan Advertlets.

Rasanya dalam 300 orang datang menghadirinya.

Seawal pukul 8 malam, ramai yang berbaris di kaunter Advertlets untuk mengambil tiket.

Advertlets Iron Man

Paling best,

Kemunculan Iron Man (celup punya – sebab rendah) menyerikan lagi event ini.

Dan menjadi masalah bila ramai sangat yang nak bergambar dengannya. Sian Bro tak dapat nak tangkap gambar berdua dengannya.

Tapi lagi untung kalau dapat bergambar tengah pakai costum itu.

Malangnya kalau Bro pakai, sure nampak terserlah kekatikan pada diri Bro.

Cara terbaik, Bro panggil photographer suruh tangkap gambar kami beramai-ramai. Kan senang.

Advertlets Screening Iron Man 3

Lepas amik gambar terus lari-lari masuk hall. Sebab dah lambat sangat.

Pada Bro la kan,

Filem ini agak menarik, cuma kurang kick berbanding dengan filem yang sebelumnya. Mungkin sebab watak utamanya melakonan watak yang dia berada dalam keadaan tertekan berbanding yang dahulu lebih santai.

Lagi tak best bila duduk disebelah orang yang dah menonton Iron Man 3. Terus jadi pengkritik filem non-stop sepanjang filem ini ditayangkan he..23x

Kalau korang tak tengok lagi, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Iron Man 3 – Bersama Advertlets Bloggers

Leave a Reply to Syukri Tahir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *