Akhirnya dapat juga meluangkan masa menonton Filem Iron Man 3 (3D punya) bersama rakan blogger Advertlets di GSC One Utama.
Satu hall ditempah untuk event ini yang terdiri dari Blogger, klient dan rakan Advertlets.
Rasanya dalam 300 orang datang menghadirinya.
Seawal pukul 8 malam, ramai yang berbaris di kaunter Advertlets untuk mengambil tiket.
Paling best,
Kemunculan Iron Man (celup punya – sebab rendah) menyerikan lagi event ini.
Dan menjadi masalah bila ramai sangat yang nak bergambar dengannya. Sian Bro tak dapat nak tangkap gambar berdua dengannya.
Tapi lagi untung kalau dapat bergambar tengah pakai costum itu.
Malangnya kalau Bro pakai, sure nampak terserlah kekatikan pada diri Bro.
Cara terbaik, Bro panggil photographer suruh tangkap gambar kami beramai-ramai. Kan senang.
Lepas amik gambar terus lari-lari masuk hall. Sebab dah lambat sangat.
Pada Bro la kan,
Filem ini agak menarik, cuma kurang kick berbanding dengan filem yang sebelumnya. Mungkin sebab watak utamanya melakonan watak yang dia berada dalam keadaan tertekan berbanding yang dahulu lebih santai.
Lagi tak best bila duduk disebelah orang yang dah menonton Iron Man 3. Terus jadi pengkritik filem non-stop sepanjang filem ini ditayangkan he..23x
Kalau korang tak tengok lagi, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya :)
Saya tahu orang yg pakai kostum Iron Man tu mesti tengah rimas…hehe
belum sempat nak tengok lagi..huhu
Kalaulah dapat pakai kostum Iron Man tersebut.
Iron Man 3..boleh layan jugak la..tapi mmg rasanya Iron Man kali ni kurang kick sikit…da last2 je baru mcm best sikit sbb byk aksi…:D
wah seronoknyaaa…. deno tunggu nak kena download la…
bestla dapat tengok 3D :)
wah, best la dapat gi.
Bestnya dapat tgk ngan rakan2 bloggers…
dah tengok
torbaikkkk part yang boleh tukar-tukar suit tuh
bestnyer dapat tengok bersama adverlets blogger.. :)
moga tiba rzeki sya suatu hari nanti join camni dengan bro n rakan2 blogger lain.. :)
Iron man tu macam kena paksa amik gambar je..pasif betul.
apesal aku takder dlm semua gambar.. ke yang ni versi yang mana ni? hehehehe
Tony Stark mmg hebakkkk!!…heheh
kekacakan ujang akhirnya ditewaskan juga..kahkah
jenisnye .. dapat duk dekat iron man ..
Ala iron man custom je. Sian tgk dia nak berjalan time tue
spoil lah kali ni punya filem… tak berapa menyengat sangat
Bro rasa hang kena gantikan Iron Man la Boni :)
assalamualaikum bro…best la tengok wayang 3D ni…:)